Khamis, 10 November 2011

MAJLIS MANDI MINYAK KELAB ANAK GAYUNG GHAIB MALAYSIA

Alhamdulillah syukur kepada Allah S.W.T maka terlaksana juga majlis mandi minyak yang sudah lama tidak dilakukan. Semua ahli kelab berjaya dalam majlis mandi minyak tersebut. Terima kasih kepada Tuan Guru Wahab (selaku Timbalan Mahaguru pemegang amanah Seni Silat Gayung Ghaib) kerana sudi hadir memberi tunjuk ajar kepada Tuan Guru Azmir dan Tuan Guru Shamsudin dalam menjayakan majlis tersebut. Segala ilmu yang diajar akan kami gunakan untuk masa hadapan. Majlis mandi minyak ini diadakan bertujuan bagi mengekalkan tradisi masyarakat Melayu dahulu agar orang zaman sekarang tidak lupa akan adat warisan Melayu ini. Sesama kita berdoa agar semua ahli kelab mendapat hidayah dan teguh serta ditetapkan iman agar perjuangan bangsa Melayu dapat dijaga adatnya yang tidak melanggar hukum Agama Islam.Majlis ini diadakan pada hari Isnin 7/11/2011.