Isnin, 18 Jun 2012

KURSUS GENDANG SILAT DI SEK KEB TANJONG MALIM

Salam perkenalan, bersyukur kepada Allah Pertubuhan Seni Silat Gayung Ghaib Serantau Malaysia telah berjaya mengorak langkah ke hadapan lagi dimana berjaya mengadakan kursus gendang silat dengan kerjasama Tuan Guru Wan Mohd Nasir B. Wan Ibrahim Guru Gendang Silat PESAKA Kedah. Seni Gendang Silat ini adalah merupakan salah satu tradisi Melayu yang perlu dipertahankan. Maka dengan berkat doa semuanya, pihak perguruan telah berjaya mengumpul dana kewangan untuk membeli kelengkapan alatan untuk bermain gendang silat. Sepanjang kursus tersebut dijalankan,seramai 20 orang telah terlibat dengan kursus tersebut. Selain itu, isteri kepada Datuk Mahaguru juga turut serta berkursus gendang silat. Kursus ini telah diadakan selama 2 hari iaitu 15 dan 16 Jun 2012 bermula dari pukul 9.30 malam sehingga 4.00 pagi. Semangat generasi muda yang ada ini adalah merupakan satu kebanggaan untuk orang Melayu dimana masih ada golongan generasi muda yang mahu berusaha untuk mempelajari warisan Melayu kita ini. Semoga latihan yang ditimba dapat dimanfaatkan. Alhamdulillah perguruan sudah ada pemain seruling , gong , gendang ibu dan gendang anak yang baik.Tahniah diucapkan kepada semua anak didikan bawah Datuk Mahaguru Mohd Azmir Bin Haji Mohd Khalid.