DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG, DAN SEDIAKANLAH UNTUK MENENTANG MEREKA (MUSUH YANG MENCEROBOH) SEGALA JENIS KEKUATAN YANG DAPAT KAMU SEDIAKAN DAN DARIPADA PASUKAN-PASUKAN BERKUDA YANG LENGKAP BERSEDIA (surah al-Anfal ayat 60)
SEJARAH PERTUBUHAN AKADEMI LANGKAH MELAYU SILAT GAYUNG SERANTAU MALAYSIA TELAH DIASASKAN OLEH YM DATOK MAHAGURU SERANTAU LAKSAMANA MERAH PANGLIMA BUKIT GANTANG AYAHANDA HJ MOHD AZMIR BIN HJ MOHD KHALID AMN, PJK @ TENGKU AHMAD AZMIR SHAH KETURUNAN DARIPADA DATO' SAGOR PEMBESAR PERAK BERSAMA DATO' MAHARAJALELA MENENTANG PENJAJAH INGGERIS J.W.W BIRCH DI PASIR SALAK PERAK. BELIAU TELAH DIKURNIAKAN PINGAT AMN (AHLI MAJLIS NEGARA) DAN PJK (PINGAT JASA KEBAKTIAN) OLEH KESULTANAN SULU FILIPINA. BELIAU TELAH DIBERIKAN GELARAN GRAND MASTER TELAH DIBERIKAN OLEH WORLD JU-JITSU ALLIANCE OLEH MASTER LUCA NARDUCCI DARI ENGLAND. BELIAU JUGA MENERIMA ANUGERAH SANDANG KEHORMAT MAHKOTA PELANGI DARIPADA DATO' SERI PANGLIMA DR. MUHAMAD FAIRUS DARIPADA GAYONG NUSANTARA. SETELAH ITU BELIAU JUGA TELAH DIANUGERAHKAN GELARAN DATOK MAHAGURU OLEH PENDEKAR NEGARA MALAYSIA TAN SRI DATUK WIRA OMARDIN MAUJU YANG MEMBAWA GELARAN DATOK MAHAGURU. SELAIN ITU, GURU TUA UTAMA PAK GURU ABD RAZAK TELAH MEWARISKAN GELARAN DATOK PANGLIMA BUKIT GANTANG DARIPADA KETURUNAN ISTERINYA KEPADA BELIAU. MANAKALA ISTERINYA IBUNDA SERI DIRAJA HJH SYAZLEENA YAHYA @ TENGKU AMPUAN SYAZLEENA TELAH DIANUGERAHKAN GELARAN TIMBALAN MAHAGURU SERIKANDI DAN SERIKANDI MAK INTAN. MASA TERUS BERLALU BELIAU TELAH DIKURNIAKAN PULA GELARAN DATOK LAKSAMANA MERAH DAN YM TENGKU AHMAD AZMIR SHAH MANAKALA ISTERINYA DIKURNIAKAN YM TENGKU AMPUAN HJH SYAZLEENA @ PUTERI SITI SIBUJUR SIRIH. GELARAN YANG DITERIMA OLEH BELIAU TELAH MENGEMBALIKAN DARJAH KEBESARAN YANG TELAH LAMA DILUPAKAN OLEH KETURUNANNYA SEBELAH IBU BELIAU DARIPADA KETURUNAN KERABAT DIRAJA PAGARUYUNG .BELIAU BERSAMA BARISAN ANAK MURID TELAH BERJAYA MENGEMBANGKAN NAMA SENI SILAT INI DALAM MALAYSIA DAN DI BENUA EROPAH. BANYAK DUGAAN DAN UJIAN HARUS DILALUI DALAM MENGEMBANGKAN SENI MELAYU INI. SEHUBUNGAN ITU DAKWAH ISLAM TELAH MENJADI KEUTAMAAN DALAM PERJUANGAN BELIAU. ASAL USUL SENI SILAT GAYUNG GHAIB IALAH SENI SILAT SIDAYUNG GHAIB. DI MANA SEORANG GURU PERGI BERTAPA KE PULAU SEMBILAN DARI INDERA SAKTI DENGAN MENAIKI SAMPAN. OLEH KERANA SEMASA PENDAFTARAN PERTUBUHAN PENGGUNAAN PERKATAAN SI MEMBAWA MAKNA MATI DALAM BAHASA CINA MAKA DITUKARKAN KEPADA PERKATAAN GAYUNG ASAL PERKATAAN ORANG PERAK BERMAKNA SILAT. Datok Laksamana Merah - Hikayat Sultan Mudzaffar Shah 1 dan Tengku Ahmad-Baginda Sultan Daeng Merpati Dihujung Tanduk

MAKLUMAN :

Pendaftaran ahli baru bagi sesi 2017 dibuka sekarang bagi sesiapa yang berminat belajar ilmu silat Gayung Ghaib Serantau. Sila hubungi pihak pengurusan silat ini.

Jumaat, 28 September 2012

ORANG LAMA GAYUNG GHAIB MELAWAT ORANG BARU GAYUNG GHAIB

Salam perguruan kami daripada Pertubuhan Seni Silat Gayung Ghaib Serantau Malaysia di bawah pimpinan Datuk Mahaguru Mohd Azmir di Proton City berasa berbangga kerana hari ini 28 Sept 2012 telah dilawati oleh ahli lama Gayung Ghaib yang sekarang menetap di Melaka. Nama beliau ialah Abg Aniss Bukharee Bin Hj. Mohd Alwi. Beliau bekerja di syarikat cari gali petroleum. Asalnya cerita beliau adalah bermula datang untuk bertemu dengan Datuk Mahaguru untuk berubat untuk anaknya. Tanpa disedari setelah dirisik rupanya beliau adalah ahli lama perguruan. Beliau berasa berbangga kesungguhan kami dalam mertabatkan Seni Silat Gayung Ghaib ini. Beliau menyampaikan amanat teruskan perjuangan. Sehubungan dengan itu, beliau bertanya kepada Datuk Mahaguru agar sudi datang ke Melaka untuk membuka gelanggang di sana. Semoga langkah baru ini dapat diteruskan lagi sehingga ke puncak kegemilangan.

ANAK MURID DATUK MAHAGURU MEMASANG BANNER

Salam perguruan Pertubuhan Seni Silat Gayung Ghaib Serantau Malaysia akan mengadakan persembahan seni silat di Stadium Proton sempena Hari Sukan Sekolah Kebangsaan Tanjong Malim yang bertarikh 13 Oktober 2012 Sabtu 8.00 pagi. Semua hadirin yang berminat dengan seni silat boleh hadir menyaksikan persembahan kami nanti.

Ahad, 23 September 2012

MAJLIS TERTINGGI PERTUBUHAN SENI SILAT GAYUNG GHAIB SERANTAU MALAYSIA

DATUK MOHD AZMIR DATUK MAHAGURU PENASIHAT
IBUNDA SYAZLEENA IBUNDA SERI DIRAJA PENASIHAT
CIKGU HASNOL HADY PENGERUSI KETUA JURULATIH KANAN
CIKGU HALIMI TIMBALAN PENGERUSI JURULATIH KANAN
CIKGU ASYIKIN SETIAUSAHA JURULATIH KANAN
TUAN GURU KHAIRUL PEN. SETIAUSAHA 1 GURULATIH UTAMA
EN. AJIS PEN. SETIAUSAHA 2
TUAN GURU ISMAIL BENDAHARI GURULATIH UTAMA
TUAN GURU SHAFARIS KETUA GELANGGANG GURULATIH
CIKGU KHAIRI KETUA KESELAMATAN JURULATIH KANAN
EN. WAN RUSLAN KETUA GENDANG SILAT JURULATIH KANAN
PUAN SERI SALINA KETUA HAL EHWAL WANITA SERI KANDI UTAMA
EN. SYAFIQ KETUA JAMUAN
EN. AZRIL KETUA MULTIMEDIA
CIKGU SHUKRI KETUA ADAT ISTIADAT JURULATIH KANAN
EN. MUAZ KETUA KEROHANIAN
EN. RAZI KETUA REKREASI

Jumaat, 14 September 2012

PERSEMBAHAN SILAT DI HALAMAN RUMAH PENGERUSI KRT PROTON CITY

Terima kasih kepada En.Nazri selaku Pengerusi KRT Proton City kerana sudi menjemput kami daripada Silat Gayung Ghaib di bawah pimpinan Datuk Mahaguru membuat latihan di halaman rumah beliau. Kami terasa terharu kerana mendapat sokongan yang baik daripada En. Nazri kerana sudi menyokong perjuangan kami dalam memertabat warisan Melayu ini. Semoga ada lagi pihak yang sudi tampil bersama-sama memperjuangkan warisan ini.