Sabtu, 29 Disember 2012

MAJLIS PENAMAT SILAT BEHRANG 2020 DAN FELDA SG. BEHRANG

Ucapan tahniah kepada pengurusan dari Gelanggang Silat Behrang 2020 yang diusahakan oleh Jurulatih Kanan Cikgu Kodiang yang berjaya menguruskan majlis penamat silat dengan cemerlangnya. Terima kasih juga kepada Cikgu Aziz dan Cikgu Syafiq bersama anak murid mereka dari Gelanggang Silat Felda Sg. Behrang kerana sudi bekerjasama untuk merealisasikan majlis tersebut. Selain itu, ucapan terima kasih juga kepada Ketua Jurulatih Kanan Cikgu Hasnol , Jurulatih Kanan Cikgu Haizan, Pendekar Kecil Mizan dan Haqimi dari Ibu Induk PSSGGSM yang sudi datang memeriahkan keadaan dengan persembahan silat dan tahniah juga kepada Gelanggang Silat dari Behrang Stesen dibawah Cikgu Halimi. Selain itu, tahniah juga kepada pesilat dari Ibu Gelanggang PSSGGSM  Selangor di Kalumpang kerana sudi datang memberikan sokongan.Pengerusi majlis iaitu Cikgu Ekin juga berjaya menjadi pengacara majlis dengan baik. Terima kasih juga kepada Tuan Guru Utama Julias dari Persatuan Seni Silat Gayung Ghaib Negeri Perak kerana sudi bekerjasama dengan Datuk Mahaguru bagi menguruskan majlis penamat silat dan memeriahkan keadaan. Ucapan terima kasih kepada Tuan Rosli iaitu Timbalan Ketua Balai Polis Behrang Stesen , En. Kamal Pengerusi KRT dan Tuan Syed Pengetua Sek. Agama Rakyat Al-Hidayah kerana sudi terima jemputan perguruan. Terima kasih juga kepada Zulhilmi dan Helmi daripada ahli PSSGGNP kerana datang untuk tujuan menjalinkan silaturrahim. Semoga perkongsian ini dapat dijalinkan dengan baik sebagai saudara sesama Islam.




Ahad, 23 Disember 2012

MAJLIS PENYAMPAIAN SUMBANGAN RM 2,000.00 DAN KENDURI MAKAN BERSAMA JKKK FELDA SG. BEHRANG

Syukur kepada Allah s.w.t anak murid dan pelatih silat di Sg. Behrang mendapat tajaan baju silat daripada YB Jamaludin Adun Behrang. Satu penghargaan dan tahniah kepada Cikgu Syafiq dan Cikgu Aziz selaku Jurulatih Kanan yang berjaya membantu mendapatkan sumbangan tersebut. YB Jamaludin memperuntukkan sumbangan sebanyak RM 2,000.00 bagi gelanggang Felda Sg. Behrang untuk membeli sepersalinan lengkap pakaian silat. Mudahan usaha ini dapat membantu pelatih silat yang tidak kemampuan. Sehubungan itu, ia juga dapat menyuntikkan semangat kalangan pesilat untuk terus belajar dengan bersungguh-sungguh. Tahniah juga kepada Datuk Mahaguru, Ibunda Seri Diraja Syazleena, Tuan Guru Khairul, Cikgu Hasnol, Serikandi Utama Salina, Cikgu Ekin, Cikgu Halimi dan Cikgu Wan Ruslan kerana sudi datang bagi  memeriahkan lagi keadaan majlis.



Khamis, 20 Disember 2012

MAJLIS PENAMAT SILAT DI IBU INDUK PERTUBUHAN SENI SILAT GAYUNG GHAIB SERANTAU MALAYSIA PROTON CITY

Salam perguruan satu majlis penamat silat telah diadakan di Ibu Induk PSSGGSM Proton City dan selain itu juga diadakan bersama majlis kesyukuran pentauliahan Jurulatih Kanan. Ramai pesilat yang hadir dan pesilat dari Kg. Pasir Putih Kalumpang Selangor yang hadir menyaksikan majlis tersebut. Justeru itu, perguruan mengucapkan terima kasih kepada Guru Utama Persatuan Seni Silat Gayung Ghaib Negeri Perak kerana sudi datang bagi memeriahkan lagi majlis tersebut. Perguruan berasa bersyukur kepada Allah s.w.t dengan kehadiran Tuan Guru Julias dapat menjalinkan semula silaturrahim PSSGGSM dengan Tuan Guru Julias. Walau pun beliau berlainan kepimpinan dan pertubuhan hubungan beliau dan Datuk Mahaguru PSSGGSM masih seperti kawan. Semoga hubungan ini menjadi petanda yang baik bagi pertubuhan untuk menjalinkan kerjasama.