Ahad, 17 Mac 2013

MAJLIS PENAMAT SILAT DI SKTM DAN IBU GELANGGANG KAMPUNG PASIR PUTIH SELANGOR

Salam pendekar, syukur kepada Allah s.w.t di mana terdapat majlis penamat silat dapat diadakan dengan jayanya di SKTM dan Ibu Gelanggang Kampung Pasir Putih Selangor. Walau pun hujan turun di Kalumpang   majlis tetap dijalankan seperti biasa. Selain itu, terdapat keajaiban daripada Allah s.w.t yang menginsafi diri ini betapa besarnya rahmat Allah s.w.t . Tahniah kepada kedua-dua gelanggang kerana berjaya mengadakan majlis tersebut. Semoga semangat ini dapat diteruskan selagi kita bernyawa. Mohon berkat doa sekalian guru semoga kami PSSGGSM dapat meneruskan warisan Melayu ini mengikut kemampuan kami.

Sabtu, 9 Mac 2013

LAWATAN KE RUMAH KERABAT DIRAJA KEDAH , CIKGU KHAIRI DAN TOK WAHAB

Salam pendekar, PSSGGSM telah mendapat jemputan khas daripada Kerabat DiRaja Kedah iaitu YM Tengku Maheran Ibni Almarhum Tengku Mokhtar dan Tengku Farez ke rumah kediaman mereka di Taman Tengku Mahmud. PSSGGSM berasa bersyukur kerana YM Tengku Maheran menyatakan sokongan terhadap pergerakan Seni Silat Gayung Ghaib Serantau Malaysia di bawah pimpinan Mahaguru Muda Serantau Malaysia Mohd Azmir. Selepas itu ahli PSSGGSM bergerak menziarahi ke rumah Cikgu Khairi di Kg. Padang Hassan Bukit Pinang Kedah. Dalam perjalanan pulang kami berkesempatan melawat Guru Tua Gayung Ghaib iaitu Tok Wahab di Kuala Dipang Malim Nawar Perak.

Selasa, 5 Mac 2013

PERSEMBAHAN SILAT PSSGGSM SEMASA PELANCARAN SATRIA MUDA

Tahniah anak didik Mahaguru Muda Serantau Malaysia Mohd Azmir Bin Hj Mohd Khalid berjaya mempamerkan aksi yang membanggakan. Teruskan perjuangan.

Isnin, 4 Mac 2013

PASUKAN KOMPANG DAN REBANA PSSGGSM

Salam pendekar syukur kepada Allah s.w.t di mana kini PSSGGSM telah membentuk pasukan kompang dan rebana atas usaha Abang Sham yang merupakan orang lama Silat Gayung Ghaib yang pernah berguru dengan Datok Mahaguru Ibrahim Mat Zin dan kini beliau meneruskan pengajian dengan Mahaguru Muda Serantau Malaysia Mohd Azmir.