Isnin, 28 Oktober 2013

MAJLIS PENAMAT SILAT DI IBU GELANGGANG SELANGOR

Salam perguruan satu majlis penamat silat telah diadakan di Kalumpang Selangor, dimana terdapat juga beberapa anugerah disampaikan pada malam tersebut. Antaranya Anugerah Selempang Timbalan Mahaguru kepada Tok Guru Julias Bin Hj Yusof. Selain itu, Anugerah Selempang Guru kepada Tuan Guru Khairul, Anugerah Pendekar dan Serikandi Serantau Malaysia kepada anakda YM Datok Mahaguru Serantau Malaysia PSSGGSM iaitu Muhammad A'tif dan Nabilah Humayra kerana berani menerima ujian jalan dan baring di atas kaca. Anugerah Selempang Seri Setia PSSGGSM kepada ibu kepada Cikgu Syafi dan Ida isteri kepada Cikgu Khairi di atas sokongan dalam perjuangan PSSGGSM.










 

Jumaat, 4 Oktober 2013

PENAMAT PERINGKAT SILAT DI TAMAN AWAM 2 HULU BERNAM SELANGOR

Salam perguruan, satu majlis penamat telah dilakukan di Taman Awam 2 Hulu Bernam seramai 22 orang ahli PSSGGSM terlibat. Jemputan adalah terdiri daripada wakil YB Dato' Rusni, wakil pihak Polis dan imam mukim tersebut. Satu keajaiban yang berlaku semasa penamat tersebut ialah bilangan bengkong adalah tidak cukup sebenarnya tetapi tiba-tiba selepas berdoa penamat bengkong tersebut cukup untuk 22 orang ahli. Keajaiban yang ditunjukkan Allah s.w.t adalah suatu yang tidak disangka. Semoga PSSGGSM dapat terus maju lagi.







PERSEMBAHAN SILAT JEMPUTAN KOMINITI PEMIMPIN MASYARAKAT HULU BERNAM

Salam perguruan, PSSGGSM telah membuat satu persembahan di pusat khidmat masyarakat. Pihak perguruan tidak memilih mana-mana pihak politik dalam memperkenalkan warisan Melayu ini. Pihak perguruan tetap memperlihatkan hebatnya warisan Melayu ini tanpa mengira pegangan politik.


PEMBUKAAN GELANGGANG SILAT DI KG AIR PANAS KERLING SELANGOR

Salam perguruan, syukur kepada Allah peningkatan dan penerimaan masyarakat dengan aktiviti yang sihat ini telah menggalakkan pembukaan lagi gelanggang silat baru di Kg. Air Panas Kerling Selangor. Terdapat beberapa ujian akhirnya berjaya juga diselesaikan dengan baik dan perjuangan untuk memertabatkan warisan Melayu ini agar tidak berkubur.


PEMBUKAAN GELANGGANG SILAT SMK METHODIST TANJONG MALIM

Salam perguruan gelanggang silat yang baru dibuka semula setelah sekian lama ditangguh, akhirnya gelanggang silat di SMK Methodist Tanjong Malim dibuka semula dengan kerjasama anak murid PSSGGSM dan Datok Mahaguru PSSGGSM.