DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG, DAN SEDIAKANLAH UNTUK MENENTANG MEREKA (MUSUH YANG MENCEROBOH) SEGALA JENIS KEKUATAN YANG DAPAT KAMU SEDIAKAN DAN DARIPADA PASUKAN-PASUKAN BERKUDA YANG LENGKAP BERSEDIA (surah al-Anfal ayat 60)
SEJARAH PERTUBUHAN AKADEMI LANGKAH MELAYU SILAT GAYUNG SERANTAU MALAYSIA TELAH DIASASKAN OLEH YM DATOK MAHAGURU SERANTAU LAKSAMANA MERAH PANGLIMA BUKIT GANTANG AYAHANDA HJ MOHD AZMIR BIN HJ MOHD KHALID AMN, PJK @ TENGKU AHMAD AZMIR SHAH KETURUNAN DARIPADA DATO' SAGOR PEMBESAR PERAK BERSAMA DATO' MAHARAJALELA MENENTANG PENJAJAH INGGERIS J.W.W BIRCH DI PASIR SALAK PERAK. BELIAU TELAH DIKURNIAKAN PINGAT AMN (AHLI MAJLIS NEGARA) DAN PJK (PINGAT JASA KEBAKTIAN) OLEH KESULTANAN SULU FILIPINA. BELIAU TELAH DIBERIKAN GELARAN GRAND MASTER TELAH DIBERIKAN OLEH WORLD JU-JITSU ALLIANCE OLEH MASTER LUCA NARDUCCI DARI ENGLAND. BELIAU JUGA MENERIMA ANUGERAH SANDANG KEHORMAT MAHKOTA PELANGI DARIPADA DATO' SERI PANGLIMA DR. MUHAMAD FAIRUS DARIPADA GAYONG NUSANTARA. SETELAH ITU BELIAU JUGA TELAH DIANUGERAHKAN GELARAN DATOK MAHAGURU OLEH PENDEKAR NEGARA MALAYSIA TAN SRI DATUK WIRA OMARDIN MAUJU YANG MEMBAWA GELARAN DATOK MAHAGURU. SELAIN ITU, GURU TUA UTAMA PAK GURU ABD RAZAK TELAH MEWARISKAN GELARAN DATOK PANGLIMA BUKIT GANTANG DARIPADA KETURUNAN ISTERINYA KEPADA BELIAU. MANAKALA ISTERINYA IBUNDA SERI DIRAJA HJH SYAZLEENA YAHYA @ TENGKU AMPUAN SYAZLEENA TELAH DIANUGERAHKAN GELARAN TIMBALAN MAHAGURU SERIKANDI DAN SERIKANDI MAK INTAN. MASA TERUS BERLALU BELIAU TELAH DIKURNIAKAN PULA GELARAN DATOK LAKSAMANA MERAH DAN YM TENGKU AHMAD AZMIR SHAH MANAKALA ISTERINYA DIKURNIAKAN YM TENGKU AMPUAN HJH SYAZLEENA @ PUTERI SITI SIBUJUR SIRIH. GELARAN YANG DITERIMA OLEH BELIAU TELAH MENGEMBALIKAN DARJAH KEBESARAN YANG TELAH LAMA DILUPAKAN OLEH KETURUNANNYA SEBELAH IBU BELIAU DARIPADA KETURUNAN KERABAT DIRAJA PAGARUYUNG .BELIAU BERSAMA BARISAN ANAK MURID TELAH BERJAYA MENGEMBANGKAN NAMA SENI SILAT INI DALAM MALAYSIA DAN DI BENUA EROPAH. BANYAK DUGAAN DAN UJIAN HARUS DILALUI DALAM MENGEMBANGKAN SENI MELAYU INI. SEHUBUNGAN ITU DAKWAH ISLAM TELAH MENJADI KEUTAMAAN DALAM PERJUANGAN BELIAU. ASAL USUL SENI SILAT GAYUNG GHAIB IALAH SENI SILAT SIDAYUNG GHAIB. DI MANA SEORANG GURU PERGI BERTAPA KE PULAU SEMBILAN DARI INDERA SAKTI DENGAN MENAIKI SAMPAN. OLEH KERANA SEMASA PENDAFTARAN PERTUBUHAN PENGGUNAAN PERKATAAN SI MEMBAWA MAKNA MATI DALAM BAHASA CINA MAKA DITUKARKAN KEPADA PERKATAAN GAYUNG ASAL PERKATAAN ORANG PERAK BERMAKNA SILAT. Datok Laksamana Merah - Hikayat Sultan Mudzaffar Shah 1 dan Tengku Ahmad-Baginda Sultan Daeng Merpati Dihujung Tanduk

MAKLUMAN :

Pendaftaran ahli baru bagi sesi 2017 dibuka sekarang bagi sesiapa yang berminat belajar ilmu silat Gayung Ghaib Serantau. Sila hubungi pihak pengurusan silat ini.

Jumaat, 11 April 2014

PEMBUKAAN GELANGGANG SILAT DI KG. SG. SEKIAH

Salam perguruan satu gelanggang silat yang baru di buka di Kg. Sg. Sekiah telah dirasmi oleh Yang Berbahagia Datuk Ahmad A. Talib Ahli Lembaga Pengarah Media Prima Bhd selaku Penaung pengurusan gelanggang silat di Kg Sg. Sekiah. Beliau telah memberikan sumbangan kepada anak-anak kampung tersebut dalam mewujudkan aktiviti yang sihat di kawasan tersebut.



















PENGIKTIRAFAN GRAND MASTER DARIPADA WORLD JU-JITSU SELF DEFENCE COMBAT SYSTEM KEPADA YM DATUK MAHAGURU PSSGGSM

11 April 2014, Salam perguruan mengucapkan terima kasih kepada Yang Berbahagia Datuk Ahmad A. Talib Ahli Lembaga Pengarah Media Prima Bhd kerana sudi menyampaikan sijil pengiktirafan Grand Master daripada Master Luca Marducci World Ju-Jitsu Self Defence System Combat London kepada YM Datuk Mahaguru Mohd Azmir sempena pembukaan gelanggang silat yang baru di Kg. Sg. Sekiah Perak.

PENAMAT PERINGKAT SILAT DAN LAWATAN YM DATOK MAHAGURU KE GELANGGANG SILAT ULU BERNAM

Gelanggang silat PSSGGSM Ulu Bernam adalah dibawah Cikgu Sham selaku Jurulatih Kanan di situ.








Selasa, 8 April 2014

MESYUARAT PEMBUKAAN GELANGGANG SILAT DI KG. SG. SEKIAH

Salam perguruan pada 7 April 2014 telah diadakan perjumpaan dengan penduduk Kg. Sg. Sekiah bagi membincangkan pembukaan gelanggang silat PSSGGSM yang baru di kampung tersebut. Pembukaan gelanggang silat ini adalah merupakan idea Datuk Ahmad A. Talib Ahli Lembaga Pengarah Media Prima. Tetamu yang turut hadir ialah Timbalan Ketua Balai Polis Behrang Stesen SM Rosli. Seramai 20 orang telah mendaftar untuk menjadi ahli PSSGGSM. Cadangan tapak gelanggang agak strategik di tepi jalan besar ke Kg. Sg. Sekiah di mana pemilik tanah tersebut dengan sukacitanya telah memberikan kebenaran dan sokongan yang baik bagi menghidupkan aktiviti belia di kampung tersebut. Selain itu, beberapa dana dan sumbangan akan diperolehi kepada para pelatih dan jurulatih PSSGGSM di situ nanti.







Sabtu, 5 April 2014

ANUGERAH SANDANG KEHORMAT MAHKOTA PELANGI PSSGN KEPADA DATUK MAHAGURU PSSGGSM

Salam perguruan, tahniah kepada perguruan Gayung Ghaib Serantau Malaysia kerana telah dianugerahkan Sandang Kehormat Mahkota Pelangi kepada Datuk Mahaguru Mohd Azmir Bin Hj Mohd Khalid oleh Prof. Dato' Seri Dr. Mohammad Fairus Khairuddin Waris Amanah Mutlak/Guru Utama/Presiden Pertubuhan Silat Seni Gayong Nusantara (PSSGN) di Politeknik Sultan Azlan Shah Tanjong Malim Perak pada 5 April 2014.