MAJLIS PENAMAT SILAT DI TAMAN TANJAK KUALA KUBU

Salam perguruan satu majlis penamat silat telah diadakan di Taman Tanjak pada 21 Jun 2014. Dalam majlis terebut beberapa anugerah telah diberikan iaitu Anugerah Selempang Bendahara Laksamana Sakti diberikan kepada Mahaguru Hasiem daripada Gayung Ghaib Warisan Madura Indonesia dan Pak Asri Anugerah Selempang Harimau Sakti. Selain itu, Cikgu Azril dan Cikgu Syafiq dilantik kepada Tuan Gurulatih Utama memegang Selempang Harimau Sakti. Amirul, Hafit dan Sabri dilantik sebagai Jurulatih Kanan memegang Anugerah Selempang Panglima Garang. Manakala Adhwa dan Rahmat dilantik sebagai Jurulatih Muda.