Salam perguruan, watikah ini adalah amanah yang diberikan kepada YM Datok Mahaguru Ayahanda Mohd Azmir serta Mahaguru Kedua seluruh Alam Gayung Ghaib yang diberikan oleh pengasas utama dan yang tertua YM Datok Seri Panglima Mahaguru Ibrahim Mat Zin dan disokong oleh YM Datok Mahaguru Ayahanda Paduka Badang Malaysia Leman Kanahullah selaku Mahaguru Pertama seluruh Alam Gayung Ghaib. Selain itu, anugerah gelaran Datok Mahaguru daripada Pendekar Negara.
Jumaat, 25 Julai 2014
Sabtu, 5 Julai 2014
WATIKAH PELANTIKAN KEPADA MAHAGURU
Salam perguruan mengucapkan tahniah kepada Datok Mahaguru Mohd Azmir kerana watikah perlantikan sebagai Mahaguru Kedua Seluruh Alam Gayung Ghaib dan Ayahanda Gayung Ghaib Malaysia dan Fisabilillah Selendang Merah oleh Dato' Seri Paduka Anjung Seri Mahaguru Ibrahim Mat Zain. Selain itu, tahniah juga anugerah sebagai Grand Master oleh Master Luca Narducci daripada Jujitsu England.
TIMBALAN MAHAGURU SELURUH ALAM GAYUNG GHAIB
Salam perguruan, ucapan tahniah kepada Bonda Seri Diraja Pn. Syazleena kerana watikah pelantikan yang diberikan oleh Dato' Seri Paduka Anjung Seri Mahaguru Ibrahim Mat Zain sebagai Timbalan Mahaguru Seluruh Alam Gayung Ghaib.
MESYUARAT AGONG KALI PERTAMA PSSGGSM
Salam perguruan syukur kepada Allah s.w.t pada 4 Julai 2014 di bulan Ramadhan seramai 32 orang ahli telah menghadirkan diri bagi memeriahkan lagi majlis mesyuarat yang kali pertama. Selain mesyuarat perguruan mengadakan aktiviti cabutan hadiah bertuah. Perguruan juga menjalankan majlis serah tugas, dimana Tuan Gurulatih Utama Khairi akan berhijrah pulang ke Kedah. Tugasnya diserahkan kepada Tuan Gurulatih Utama Azril selaku Setiausaha Agong PSSGGSM. Majlis diakhiri dengan jamuan makan.