Khamis, 4 Disember 2014

SEMINAR TRANSFORMASI GURU-GURU SILAT WARGA FELDA SELURUH MALAYSIA

Salam perguruan, seminar berlangsung pada 30/11 hingga 2/12/2014 di Aston Hotel Nilai Negeri Sembilan. Ramai mahaguru-mahaguru dan guru tua yang mengikuti kursus ini. Tenaga pengajar yang terlibat ialah Prof. Dr. Azlan Ghanie dan Dr. Dahlan Karim.
























Rabu, 29 Oktober 2014

GAYUNG GHAIB SERANTAU DIKENALI DI LONDON

Salam perguruan baru-baru ini pihak perguruan PSSGGSM memberikan sijil penghargaan kepada Master Luca Narduci di London kerana telah memberikan sijil pengiktirafan Grand Master kepada Datok Mahaguru Muda Serantau Malaysia. Kini nama Gayung Ghaib Serantau sudah dikenali di London. Harapan pihak mereka ingin mengadakan seminar seni mempertahankan diri di London pada suatu hari nanti. Hasrat ini mungkin langkah awal dalam mengambangkan seni warisan Melayu ini. Tahniah kepada yang terlibat dalam mengusahakan hubungan antarabangsa ini.

Isnin, 27 Oktober 2014

RAHSIA SENI GAYUNG GHAIB

Salam perguruan ini adalah coretan berita terkini sebagai pengetahuan mengenai seni Melayu yang diberi gelaran Seni Gayung Ghaib. Seni Silat Melayu ini telah lama wujud sejak 1944 lagi sehingga kini. Ia telah mulai diasaskan oleh Dato' Mahaguru Ibrahim Mat Zin selaku guru yang tertua dalam seni bela diri ini. Beliau telah mendapat pendedahan awal seni Melayu ini daripada ramai guru silat yang tinggi dalam seni mempertahankan diri yang diberi nama ilmu silat. Silat ini telah di nasadkan sebagai ilmu Silat Gayung Ghaib. Salah seorang tokoh guru yang pernah memberikan tunjuk ajar kepada pengasas seni silat ini ialah Dato' Bahaman, Tok Tepoh, Tok Janggut, Mak Uteh, (akan dikemaskini senarai nama guru). Salah satu seni yang unik dan telah diperturunkan kepada anak muridnya Datok Mahaguru Muda Serantau Malaysia ialah Seni Sembah Bendahara Laksamana Panji Alam. Seni ini merupakan seni sembah silat yang unik yang datang gerak langkah daripada Tok Janggut. Selain itu Seni Tongkat adalah merupakan senjata yang diajar melalui pengalaman dan cara seorang guru silat yang memegang tongkat. Bagi Seni Sendeng Papan Sekeping pula telah diajarkan merupakan seni mempertahan diri yang menggunakan sekeping papan. Umpama bertarung hanya menggunakan sebelah tangan di atas sekeping papan. Ilmu lain yang diajar lagi ialah Seni Tapak Harimau 7 merupakan langkah Pak Belang menggunakan 7 ketul batu sebagai langkah asas gerakan harimau. Seni Tapak Batu Giling merupakan bersilat di atas batu giling meghadapi musuh melalui setapak tempat iaitu di atas batu giling. Seni Gayung Kifalah adalah jurus pukulan jauh dan boleh membawa maut kepada musuh.

Ahad, 24 Ogos 2014

MELAWAT GURU TUA PENGASAS SENI SILAT GAYUNG GHAIB

Salam perguruan, kami daripada PSSGGSM berasa bersyukur kerana mendapat jemputan daripada pengasas Seni Silat Gayung Ghaib iaitu YM Datuk Seri Panglima Mahaguru Ibrahim Mat Zin ke majlis jamuan Hari Raya dan sesi pengambaran untuk Hari Merdeka ke 57. Pelbagai pengalaman dan nasihat telah diberikan beliau kepada kami.