DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG, DAN SEDIAKANLAH UNTUK MENENTANG MEREKA (MUSUH YANG MENCEROBOH) SEGALA JENIS KEKUATAN YANG DAPAT KAMU SEDIAKAN DAN DARIPADA PASUKAN-PASUKAN BERKUDA YANG LENGKAP BERSEDIA (surah al-Anfal ayat 60)
SEJARAH PERTUBUHAN AKADEMI LANGKAH MELAYU SILAT GAYUNG SERANTAU MALAYSIA TELAH DIASASKAN OLEH YM DATOK MAHAGURU SERANTAU LAKSAMANA MERAH PANGLIMA BUKIT GANTANG AYAHANDA HJ MOHD AZMIR BIN HJ MOHD KHALID AMN, PJK @ TENGKU AHMAD AZMIR SHAH KETURUNAN DARIPADA DATO' SAGOR PEMBESAR PERAK BERSAMA DATO' MAHARAJALELA MENENTANG PENJAJAH INGGERIS J.W.W BIRCH DI PASIR SALAK PERAK. BELIAU TELAH DIKURNIAKAN PINGAT AMN (AHLI MAJLIS NEGARA) DAN PJK (PINGAT JASA KEBAKTIAN) OLEH KESULTANAN SULU FILIPINA. BELIAU TELAH DIBERIKAN GELARAN GRAND MASTER TELAH DIBERIKAN OLEH WORLD JU-JITSU ALLIANCE OLEH MASTER LUCA NARDUCCI DARI ENGLAND. BELIAU JUGA MENERIMA ANUGERAH SANDANG KEHORMAT MAHKOTA PELANGI DARIPADA DATO' SERI PANGLIMA DR. MUHAMAD FAIRUS DARIPADA GAYONG NUSANTARA. SETELAH ITU BELIAU JUGA TELAH DIANUGERAHKAN GELARAN DATOK MAHAGURU OLEH PENDEKAR NEGARA MALAYSIA TAN SRI DATUK WIRA OMARDIN MAUJU YANG MEMBAWA GELARAN DATOK MAHAGURU. SELAIN ITU, GURU TUA UTAMA PAK GURU ABD RAZAK TELAH MEWARISKAN GELARAN DATOK PANGLIMA BUKIT GANTANG DARIPADA KETURUNAN ISTERINYA KEPADA BELIAU. MANAKALA ISTERINYA IBUNDA SERI DIRAJA HJH SYAZLEENA YAHYA @ TENGKU AMPUAN SYAZLEENA TELAH DIANUGERAHKAN GELARAN TIMBALAN MAHAGURU SERIKANDI DAN SERIKANDI MAK INTAN. MASA TERUS BERLALU BELIAU TELAH DIKURNIAKAN PULA GELARAN DATOK LAKSAMANA MERAH DAN YM TENGKU AHMAD AZMIR SHAH MANAKALA ISTERINYA DIKURNIAKAN YM TENGKU AMPUAN HJH SYAZLEENA @ PUTERI SITI SIBUJUR SIRIH. GELARAN YANG DITERIMA OLEH BELIAU TELAH MENGEMBALIKAN DARJAH KEBESARAN YANG TELAH LAMA DILUPAKAN OLEH KETURUNANNYA SEBELAH IBU BELIAU DARIPADA KETURUNAN KERABAT DIRAJA PAGARUYUNG .BELIAU BERSAMA BARISAN ANAK MURID TELAH BERJAYA MENGEMBANGKAN NAMA SENI SILAT INI DALAM MALAYSIA DAN DI BENUA EROPAH. BANYAK DUGAAN DAN UJIAN HARUS DILALUI DALAM MENGEMBANGKAN SENI MELAYU INI. SEHUBUNGAN ITU DAKWAH ISLAM TELAH MENJADI KEUTAMAAN DALAM PERJUANGAN BELIAU. ASAL USUL SENI SILAT GAYUNG GHAIB IALAH SENI SILAT SIDAYUNG GHAIB. DI MANA SEORANG GURU PERGI BERTAPA KE PULAU SEMBILAN DARI INDERA SAKTI DENGAN MENAIKI SAMPAN. OLEH KERANA SEMASA PENDAFTARAN PERTUBUHAN PENGGUNAAN PERKATAAN SI MEMBAWA MAKNA MATI DALAM BAHASA CINA MAKA DITUKARKAN KEPADA PERKATAAN GAYUNG ASAL PERKATAAN ORANG PERAK BERMAKNA SILAT. Datok Laksamana Merah - Hikayat Sultan Mudzaffar Shah 1 dan Tengku Ahmad-Baginda Sultan Daeng Merpati Dihujung Tanduk

MAKLUMAN :

Pendaftaran ahli baru bagi sesi 2017 dibuka sekarang bagi sesiapa yang berminat belajar ilmu silat Gayung Ghaib Serantau. Sila hubungi pihak pengurusan silat ini.

Sabtu, 6 Jun 2015

TENGKU AHMAD SHAH GELARAN YANG DIBERIKAN KEPADA DATOK MAHAGURU ADA SEJARAHNYA




Sultan Muda Raja Ahmad Shah adalah putera Sultan Abdul Malik, Sultan Perak yang ke 19. Sultan Abdul Malik mempunyai dua orang putera yang sulung bernama Sultan Muhammad Shah 1. Pada mulanya Raja Ahmad bergelar Raja Kecil Tengah dan beristerikan Raja Che Puan Busu, seorang anak Raja Bugis bernama Daing Masoh. Raja Ahmad kemudian bergelar Raja di Hilir, diikuti dengan gelaran Sultan Muda. Nama sebenar Raja Puan Busu ialah Che Long.Sultan Ahmad Muda Shah mempunyai tiga orang anak iaiatu Raja Che Puan Muda, Raja Ngah Jaafar, Sultan Ja'far Mua'azzam Shah - Sultan Perak yang ke-23 dan Raja Alang Iskandar - Bendahara Alang Iskandar (Marhum Teja).Makam Baginda Almarhum tidak wujud kerana baginda dikatakan ghaib begitu sahaja. Yang ada hanyalah Batu Peringatan Marhum Sultan Muda Raja Ahmad Shah Waliullah dan bukan bergelar "Marhum Waliullah", kerana Makam Marhum Waliullah (Sultan Jaa'far Mua'azzam Shah Ibni Almarhum Sultan Muda Ahmad Shah cucu Almarhum Sultan Abdul Malik Mansur Shah) terletak di Pulau Juar.Raja Ahmad Shah dipercayai merupakan seorang Pawang di-Raja, sebab itu Baginda bergelar Sultan Muda. Baginda memainkan peranan penting di dalam Istiadat Pertabalan Sultan-Sultan Perak, seperti menjaga Jin Kerajaan Perak di Beting Beras Basah dan sepanjang Tebing Batang Air Sungai Perak.Telah menjadi adat setiap raja yang telah ditabalkan menjadi Sultan Perak dan tiap-tiap Sultan yang telah mengadakan Istiadat Tabal Pusaka dan Bersiram Tabal mesti menziarahi makan-makam marhum yang dahulu.Makam Raja Kechil Tengah, Almarhum Raja Ahmad terletak di Kuala Sungai Terus, Mukim Pasir Panjang Laut. Asalnya Cuma sebuah nisan, tetapi sekarang telah dipinda oleh Persatuan Sejarah Daerah Hilir Perak dan digantikan dengan batu peringatan. Makam ini telah dibaiki oleh Muzium Negara dengan membuat baru berpagar sekeliling.
Ada dikatakan Sultan Ahmad memang menantu kepada Sultan Abdul Malik Mansur Shah dan sebenarnya beliau adalah anak daripada raja yang kerajaannya telah wujud sebelum wujudnya kerajaan perak. Apabila nak wujudkan kerajaan perak sedangkan dah memang ada kerajaan disitu maka sultan Ahmad berkahwin untuk menyatukan dua kerajaan. Tu sebab BETING BERAS BASAH di kuasai oleh Sultan Ahmad. Beliau adalah raja asal ditanah tersebut(nama kerajaannya dah lupa).Beliau sultan yang adil,warak taraf ulamak sejak asal sebelum wujudnya kerajaan perak baru. Beliau tak sibukkan kuasa dunia dan sentiasa beramal serta ghaib pada hari jumaat di sungai ketika ambil wuduk dan menjadi wali Allah dengan gelaran Sultan Ahmad Budadi 'Sultan Yang Arif Lagi Bijaksana'. Raja Ahmad @ Raja Kechil Tengah Ahmad @ Sultan Muda Ahmad itu merupakan putera kpd Raja Said (raja Bugis dari Selangor). Raja Ahmad ibn Raja Said ini telah membantu DYMM Sultan Abdul Malik Mansur Shah (Marhum Jamalullah - Sultan Perak ke-19) dalam menentang serangan pihak Siam dan juga penentangan nenek moyang saya, DYAM Raja Bendahara Mahmud (Marhum Sayong) ibn Raja Kechil Muda Ibrahim ibn Almarhum Sultan Mahmud Shah II (Marhum Muda - Sultan Perak ke-16). Raja Ahmad berjaya menyempurnakan misi tersebut. Sebagai membalas jasanya, Sultan Abdul Malik Mansur Shah telah mengahwinkan Raja Ahmad itu dengan puterinya, Raja Che Puan Busu bt. Sultan Abdul Malik Mansur Shah dan Raja Ahmad juga diberi jawatan Raja Kechil Tengah dan kemudiannya bergelar Sultan Muda. Gelaran "Sultan Muda" bukanlah gelaran bakal Sultan.

MENJEJAK KAKI DI BETING BERAS BASAH

Perguruan melakukan pengembaraan di Beting Beras Basah Bagan Datoh. Perguruan mengucapkan tahniah kepada saudara Mohd Fadil Ibrahim kerana ditauliahkan sebagai Guru Utama Panglima Helang Hitam bagi Perguruan Seni Silat Gayung Ghaib Serantau Malaysia. Beliau akan mula membuka gelanggang di Taman Samudera 2 Seri Manjung Perak. Selain itu, saudara Sham Lekir ditauliah sebagai Pawang Benua (Haji Mat Som) dan Ustaz Nazmihan ditauliah sebagai Sang Purba Nila Utama. Ibunda Seri Diraja Syazleena dikurniakan Tengku Puteri Siti Sibujur Sirih. Datok Mahaguru Panglima Bukit Gantang Mohd Azmir dikurniakan Tengku Ahmad Shah (Datok Laksamana Merah). Semasa pengembaraan di sana kami berjumpa dengan dua orang kanak yang sedang mencari kepah dan bermandi-manda di situ. Namun agak anehnya mereka hilang sejurus kami beredar dari beting di situ. Apa yang dimaklumkan dua orang budak itu adalah rupanya anak orang bunian yang sedang mencari kepah di situ. Sesungguhnya ini semua kuasa Allah yang tak dapat dikatakan di sini.








1. Lokasinya terletak di Kuala Sungai Perak dalam kawasan Bagan Datok, Perak.
2. Merupakan tempat pertabalan Sultan Perak semenjak dari zaman Sultan Muzaffar Shah 1, Sultan Perak yang pertama yang ditabal pada tahun 1528.
3. Setiap bakal Sultan yang akan menduduki takhta negeri Perak dimestikan menjejakkan kaki diatas beting pasir.
Catatan dan pengalaman peribadi pembentang1. Dalam takhta kerajaan negeri Perak, ada 7 jin kerajaan yang menjaga Sultan Perak yang diketuai oleh Sultan Ahmadin Shah. Kapit kepada Sultan Ahmad Shah ialah ketua segala jin kerajaan yang menetap di Bukit Khuf Makkah.
2. Kawasan air pusar di Beting Beras Basah dikenali sebagai Tasik Pauh Janggi bagi pengamal perubatan tradisional, ilmu persilatan dan ilmu batin. Asal nama Pauh itu disebut sebagai Pawa. Kawasan ini menjadi tempat pawang memenjarakan makhluk ghaib. Kawasan ini juga merupakan tempat perhimpunan makhluk ghaib diseluruh dunia.
3. Mengikut penyelidikan Abdullah Jumain, UKM, Raja Muzaffar Shah (1528 M) terpaksa menyelam ke dasar laut selama 7 hari 7 malam untuk mengadakan perjanjian dengan orang ghaib yang menjaga kawasan tersebut. Pada ketika itu bahtera baginda tersangkut dikawasan lubuk pusar di Beting Beras Basah. Mengikut catatan pembentang pula, telah keluar jin setinggi langit dari lubuk pusar. Namanya ialah Datuk Mahkota Maharaja Si Raja Jin. Kata jin tersebut, kalau Raja Muzaffar Shah hendak menjadi raja, baginda hendaklah membuang mahkotanya kedalam laut. Setelah mahkota tersebut dibuang, barulah bahtera itu dapat bergerak semula
4. Sejak dari peristiwa itu, negeri Perak tidak lagi memakai gelaran Tengku Mahkota. Gelaran tersebut ditukar kepada Raja Muda. Ini adalah kerana mahkotanya telah diambil oleh jin yang menjaga negeri tersebut iaitu Dato Mahkota Maharaja Si Raja Jin.
5. Selama lebih 30 tahun pembentang mengadakan kajian tentang Beting Beras Basah. Pada tahun 1975, beliau mendapat mimpi yang menyuruhnya pergi ke Beting Beras Basah. Sejak mendapat mimpi itu, beliau terus membuat kajian dan mendaftar menjadi ahli penyelidik sejarah. Ketika usia remaja sekitar umur 15 tahun, beliau pernah diberitahu oleh ayahandanya bahawa beliau berketurunan Panglima Hitam, seorang raja ghaib. Namun ayahandanya tidak pernah menceritakan perkara itu dengan lebih lanjut.
6. Pembentang bertemu dengan pawang yang bernama Abdul Wahab bin Musa (Allahyarham) di Teluk Intan untuk mendapat penerangan lanjut tentang mimpinya itu. Dalam mimpi tersebut, seorang lelaki berpakaian ihram diatas sejadah menyuruh beliau pergi ke Beting Beras Basah dengan membawa kain 7 warna. Katanya, Orang Beting sedang menunggu beliau.
7. Pembentang lalu menyewa sebuah bot dan membawa bersama isteri, almarhum bonda dan beberapa orang saudara (semuanya berjumlah 14 orang) menaiki bot dan bergerak menuju ke Beting Beras Basah dari jeti Sepani, Kampung Kayan.
8. Ketika sampai di Beting Tepi, beliau turun kedalam laut dan mengambil segenggam tanah dan kemudian menyambung perjalanan menuju ke Beting Tengah.
9. Di beting tengah, kelihatan lubuk pusar sedang berpusing. Hujan panas tiba-tiba turun. Apabila air surut, beting timbul dan ditengahnya ada kolam.Kelihatan 7 bendera timbul dari tengah kolam dengan jarak setiap bendera adalah sekitar 3 kaki. Bendera itu pula tercacak menjulang diatas kayu bakar setinggi 15 kaki. Air kolam pula sangat jernih. Pada batang bendera itu ada terdapat daun pemulih yang gunanya adalah untuk mengikat bendera-bendera tersebut. Pembentang tidak boleh mengikatnya kerana terasa seperti ada halangan di hadapannya. Selepas beliau menyatakan bahawa beliau adalah keturunan Panglima HItam dari raja yang berdaulat maka barulah beliau diberi ‘izin’ untuk mengikat daun pemulih tersebut.
10. Setelah semuanya selesai, kolam air pusar dan beting tersebut tenggelam semula.
11. Selepas 3 hari kejadian itu, beliau diilhamkan oleh satu suara yang menyuruhnya membuat pertukaran nama diraja dan dikurniakan dengan alat-alat kebesaran seperti bendera tubuh, pending, bengkong, pakaian rasmi adat istiadat diraja (5 jenis pakaian), keris sakti dan lain-lain. Keris panca indera sakti yang berasal dari Demak, Jawa diperolehi dalam keadaan sedar. Seorang tua berjubah kuning menyuruh beliau berbaring. Tiba-tiba orang tua itu mengecilkan badannya dan duduk diatas badannya. Orang tua itu juga turut mengijazah beberapa ayat. Geliga gunung berapa Krakatau diperolehi setelah ianya keluar dari mulut pembentang sewaktu beliau makan. Geliga petir diperolehi selepas berlakunya peristiwa sambaran petir.
12. Kata pembentang, sesungguhnya segala peristiwa yang dialami beliau terlalu besar hikmahnya kepada diri beliau. Beberapa persolan terungkai setelah mengalami peristiwa tersebut. Antaranya ialah seperti
a. Jalinan hubungan dengan jin kerajaan dan bertemu dengan cucu cicit Raja Sayyid Hitam
b. Punca terpinggir dan terputusnya keturunan bermula selepas peristiwa Sultan Ismail Mu’abidin Riayat Shah, Sultan Perak ke-25 dibuang ke Johor. Baginda digelar Marhum Skudai di Bukit Mahmudiah Johor Bharu. Moyang pembentang adalah kakanda kepada Sultan Ismail yang telah menyisihkan dari takhta kerajaan negeri Perak.
13. Moyangnya itulah yang bergelar Raja Sayyid Syeikh Abdur Rahim (Rijalul Ghaib), seorang wali Allah yang merendah diri dan zuhud kepada Allah. Beliau bertapa di Gunung Bubu. Ketika Raja Idris (pada ketika itu belum menjadi Sultan) mencari gajahnya yang bernama Kulup Chandan hilang didalam hutan, beliau telah bertemu dengan Raja Sayyid Syeikh Abdur Rahim di Gunung Bubu. Ketika bertemu, Raja Sayyid Syeikh Abdur Rahim berkata kepada Raja Idris, Kelak tuanku akan bergelar Sultan. Selepas 7 hari tuanku ditabal menjadi Sultan maka tuanku hendaklah membeaskan Kulup Chandan. Kemudian, janganlah tuanku bersemayam di Sayong tetapi diatas bukit di pinggir Batang Hari Perak. Bukit itulah yang kini dikenali dengan nama Bukit Chandan. Raja Idris patuh kepada arahan tersebut dan ternyata perpindahan tempat persemayaman itu amat besar hikmahnya. Dengan berpindahnya tempat persemayaman itu maka terselamatlah pihak istana dari bencana banjir kerana kedudukannya di tempat tinggi.
14. Bendera 7 warna yang timbul pada permukaan lubuk pusar tadi mewakili 7 jin kerajaan. Sarjana Barat terkemuka, R.O Winstedt ada menyebut dalam tulisannya tentang 7 warna yang mewakili 7 jin kerajaan ini.
15. Dibawah Tasik Pauh Janggi (tempat lubuk pusar), ada sebuah kerajaan yang diketuai oleh sultan ghaib. Sultan ghaib itulah yang bernama Sultan Ahmaddin Shah yang dikapit dengan Dato Mahkota Si Raja Jin.
16. Moyang pembentanglah iaitu Raja Sayyid Syeikh Abdur Rahim (rijalul ghaib) yang memberitahu pembentang bahawa keturunannya adalah keturunan raja yang sebenar yang mempunyai jin kerajaan di Beting Beras Basah dan Sulawesi. Moyangnya jugalah yang menyuruh beliau menukar nama kepada Tengku Sarintaka bin Raja Ajibol. Tentang jin Sulawesi itu yang ada kaitan dengan kerabat diraja Bugis, ia adalah merujuk kepada jin jelmaan buaya putih yang sangat terkenal sejarahnya di Sungai Perak. Khabarnya buaya putih ini kepalanya di kuala Sembilan manakala ekornya di Kuala Kangsar. Buaya putih ini namanya Dato Panglima Haji Jin Putih.

SENARAI SULTAN YANG MEMERINTAH NEGERI PERAK Sultan Mudzaffar Shah I,   Sultan Mansur Shah,  Sultan Ahmad Tajuddin,  Sultan Tajul Ariffin,  Sultan Alauddin Shah,  Sultan Mahmud Shah,  Sultan Mudzaffar Shah II, Sultan Mahmud Iskandar Shah,  Sultan Alauddin Mughayat Shah,  Sultan Mudzaffar Shah III,  Sultan Muhammad Shah,  Sultan Iskandar Dzulkarnain,  Sultan Mahmud Shah (Marhum Muda),  Sultan Alauddin Mansur Shah,  Sultan Ahmaddin Shah,  Sultan Abdul Malik Mansur Shah,  Sultan Muda Raja Ahmad,  Sultan Abdullah Muazzam Shah, Sultan Shahabuddin Riayat Shah,  Sultan Abdullah Muhammad Shah,  Sultan Jaafar Mua'zzam Shah,  Sultan Ali Al-Mukammal Inayat Shah,  Sultan Abdullah Muhammad II,  Sultan Yusuf Sharifuddin Mudzaffar Shah,  Sultan Idris Murshidul'azam Shah, Sultan Abdul Jalil Karamatullah Shah, Sultan Iskandar Shah,  Sultan Abdul Aziz Al-Mustasim Billah Shah,  Sultan Yussuff Izzuddin Shah,  Sultan Idris Iskandar Shah II,  Sultan Azlan Muhibbuddin Shah dan kini Sultan Nazrin.
"Sekongkong Tanah Minangkabau Selilit Pulau Perca Di lengkong ular Saktimuna Perpisahan Beta di selat Melaka Jika Sah Beta Raja berdaulat Lepaslah sekalian malapetaka"