Isnin, 25 Julai 2016

JUARA PENDEKAR MUDA SYAHMI COCOS BERTEMU DENGAN GAYUNG GHAIB SERANTAU MALAYSIA

Syukur kepada Allah s.w.t perguruan menerima kunjungan Juara Pendekar Muda Syahmi Cocos (Ahmad Syahmi Shaari) pada 23 Julai 2016. Beliau merupakan Juara Pendekar Muda bagi Akademi Silat Pendekar Muda melalui siaran TV Alhijrah. Beliau di bawa oleh En. Azmi salah seorang ahli perguruan berjumpa dengan YM Datok Mahaguru di Proton City Tanjong Malim. Kunjungan beliau ke sini telah menjalinkan silaturrahim yang baik antara perguruan. Perguruan menyambut beliau dengan rasa bangga dan hormat dengan kelayakkan beliau sebagai Ikon Silat Negara. Dalam perjumpa itu juga pihak perguruan berkenan menyampaikan sijil penghargaan sebagai tanda-tanda ingatan daripada pihak perguruan.