Selasa, 21 Mac 2017

SILAT VS TAI CHI

Alhamdulillah pada 20/3/2017 dengan izin Allah perguruan berjaya memperkenalkan seni silat Melayu kepada warga Cina yang merupakan ahli persatuan Tai Chi di The Club House Tasik Taiping Perak. Persatuan Tai Chi ini di bawah bimbingan Cikgu Teh. Datok Mahaguru telah dipelawa oleh Cikgu Teh untuk menunjukkan beberapa langkah seni silat kepada ahlinya. Merek berminat untuk belajar. Mereka merupakan warga tua yang aktif menjaga kesihatan dengan ilmu pertahankan diri iaitu Tai Chi. Sungguh kagum kaum Cina ini aktif dalam seni bela diri ini. Alangkah bagusnya orang Melayu mengikuti langkah-langkah seperti ini bagi menjaga warisan ini agar tidak pupus.