Jumaat, 25 Ogos 2017
Rabu, 10 Mei 2017
Isnin, 24 April 2017
SAMBUTAN HARI JADI DATOK MAHAGURU YANG KE 38
Terima kasih kepada semua ahli terutamanya Bonda Seri Diraja Hjh Syazleena kerana telah merancang majlis ini dengan baiknya.
Selasa, 21 Mac 2017
SILAT VS TAI CHI
Alhamdulillah pada 20/3/2017 dengan izin Allah perguruan berjaya memperkenalkan seni silat Melayu kepada warga Cina yang merupakan ahli persatuan Tai Chi di The Club House Tasik Taiping Perak. Persatuan Tai Chi ini di bawah bimbingan Cikgu Teh. Datok Mahaguru telah dipelawa oleh Cikgu Teh untuk menunjukkan beberapa langkah seni silat kepada ahlinya. Merek berminat untuk belajar. Mereka merupakan warga tua yang aktif menjaga kesihatan dengan ilmu pertahankan diri iaitu Tai Chi. Sungguh kagum kaum Cina ini aktif dalam seni bela diri ini. Alangkah bagusnya orang Melayu mengikuti langkah-langkah seperti ini bagi menjaga warisan ini agar tidak pupus.
Isnin, 27 Februari 2017
BERSAMA DATO' AWIE WINGS DAN ABANG MAMAT KHALID BERSANTAI BERBUSANA DI ART HUB.
Pada 26/2/2107 Ahad, satu aktiviti yang bersahaja dan dapat mendengar alunan nyanyian daripada Dato' Awie Wings di Art Hub milik Abang Mamat Kahlid sambil mengenakan pakaian busana Melayu. Kehadiran Datok Mahaguru bersama delegasi perguruan telah disambut oleh Dato' Awie dan Abang Mamat Khalid ke majlis santai tersebut.
BERBICARA MENGENAI SILAT DAN MELAYU BERSAMA HAJI FAUZI
Pada 18/2/2017 Sabtu, berlaku pertemuan anatara Datok Mahaguru dengan Haji Fauzi. Haji Fauzi ialah orang kuat Kampung Sg. Parit Pasir Panjang Laut Perak dan kawan rapat ayahanda kepada Datok Mahaguru. Pertemuan banyak yang ditanya dan dibincangkan mengenai ilmu silat dan bangsa Melayu. Alhamdulillah Haji Fauzi pandang tinggi terhadap jiwa Datok Mahaguru dalam mertabatkan seni warisan Melayu ini.