Selasa, 17 Julai 2012

PENAMAT SILAT PROTON CITY JULAI 2012

Salam perguruan kepada ahli silat Gayung Ghaib dan peminat arena persilatan, syukur kepada Allah s.w.t Pertubuhan Seni Silat Gayung Ghaib Serantau Malaysia telah mengadakan majlis penamat silat bagi Ibu Gelanggang Proton City. Semua pesilat telah berjaya menamatkan latihan silat mengikut peringkat masing-masing. Selain itu, dua orang Ahli Majlis Tertinggi telah dianugerahkan sebagai Ibunda Seri Diraja Gelanggang iaitu Syazleena Bt Yahya dan Salina Bt Ahmad Sahabari dianugerahkan sebagai Serikandi Utama. Setiap pesilat telah diuji dengan ujian mata hati dan penamat silat yang diadakan adalah seperti berikut :- a) Asas tempur tangan kosong b) Seni beruntur c) Tempur simbat dengan tangan kosong d) Tempur simbat dengan simbat e) Tempur pisau dengan pisau

Isnin, 16 Julai 2012

PENAMAT SILAT JULAI 2012

Salam perguruan diucapkan kepada semua pesilat dan peminat arena persilatan, pihak Pertubuhan Pencak Silat Gayung Ghaib Harimau Malaysia-Kelab Anak Gayung Ghaib Malaysia Cawangan Tanjong Malim telah berjaya mengadakan majlis penamat peringkat silat pada 15 Julai 2012. Bersama-sama dengan itu, pihak kami bersyukur dan bertuah kerana majlis ini dihadiri oleh saudara Zain yang merupakan anak murid lama kepada Datuk Mahaguru Ibrahim Md Zain bekas Mahaguru dan pengasas Persatuan Seni Silat Gayung Ghaib Malaysia. Selain itu, beliau juga merupakan Ayahda kepada Datuk Timbalan Mahaguru Mohd Azmir. Selain itu, ujian penamat yang dijalankan telah mendapat perkenan daripada Ayahda Zain selaku orang lama dalam Gayung Ghaib ini. Oleh itu, beliau telah berkenan untuk menyampaikan kata-kata semangat kepada pesilat.

Khamis, 5 Julai 2012

PEMBUKAAN GELANGGANG TAMAN BANDAR BARU BEHRANG

Salam perkenalan kepada semua, bersyukur kepada Allah dengan izinNya kami di cawangan Tanjong Malim di bawah didikan Datuk Mahaguru telah berjaya membuka gelanggang baru di Taman Bandar Baru Behrang dengan kerjasama JKKK di taman tersebut. Pengerusi JKKK taman iaitu Tuan Haji Amiruddin telah sudi menjemput perguruan kami melatih warga taman itu mengenai silat kami ini. Tahniah juga diucapkan kepada Jurulatih Kanan Ustaz Helmi telah berusaha mengembang silat ini. Selain itu, tahniah juga kepada pesilat-pesilat dari Ibu Gelanggang Proton City yang sudi turun memberikan kerjasama semasa pembukaan gelanggang tersebut.