Selasa, 17 Julai 2012
PENAMAT SILAT PROTON CITY JULAI 2012
Salam perguruan kepada ahli silat Gayung Ghaib dan peminat arena persilatan, syukur kepada Allah s.w.t Pertubuhan Seni Silat Gayung Ghaib Serantau Malaysia telah mengadakan majlis penamat silat bagi Ibu Gelanggang Proton City. Semua pesilat telah berjaya menamatkan latihan silat mengikut peringkat masing-masing. Selain itu, dua orang Ahli Majlis Tertinggi telah dianugerahkan sebagai Ibunda Seri Diraja Gelanggang iaitu Syazleena Bt Yahya dan Salina Bt Ahmad Sahabari dianugerahkan sebagai Serikandi Utama. Setiap pesilat telah diuji dengan ujian mata hati dan penamat silat yang diadakan adalah seperti berikut :-
a) Asas tempur tangan kosong
b) Seni beruntur
c) Tempur simbat dengan tangan kosong
d) Tempur simbat dengan simbat
e) Tempur pisau dengan pisau
Tiada ulasan:
Catat Ulasan