Rabu, 28 November 2012

MAJLIS PERASMIAN GELANGGANG SILAT KG. PASIR PUTIH KALUMPANG SELANGOR

Salam perguruan syukur kepada Allah s.w.t sebuah gelanggang yang baru dirasmikan oleh Datuk Mahaguru di Kampung Pasir Putih Kalumpang Selangor pada 28 November 2012. Majlis tersebut dihadiri oleh Penghulu Mukim Kalumpang, Tuan Imam Masjid Kg. Pasir Putih Kalumpang dan Pengerusi JKKK. Perguruan mengucapkan tahniah kepada ketua Jurulatih Kanan Cikgu Hasnol Hady kerana berjaya membuka gelanggang silat di kawasan tersebut. Seramai 30 orang ahli baru menghadiri majlis tersebut. Perguruan berdoa agar kehadiran Silat Gayung Ghaib di kawasan itu akan membuka minda orang muda kawasan di situ untuk mewarisi seni silat ini. Perguruan mengucapkan terima kasih kepada Ayahanda Zain dan pasukan demo silat dari Ibu Induk Gelanggang Silat Proton City kerana sudi memberikan sokongan bagi melancarkan majlis pembukaan gelanggang silat.

Rabu, 7 November 2012

HARI ANUGERAH SEK KEB TANJONG MALIM

Salam perguruan kepada yang meminati alam persilatan semoga tontonan maklumat ini dapat memberikan maklumat terkini bagi Pertubuhan Seni Silat Gayung Ghaib Serantau Malaysia di bawah pimpinan Datuk Mahaguru Mohd Azmir dapat berkembang maju lagi. Syukur kepada Allah s.w.t pimpinan Datuk Timbalan Mahaguru mendapat sambutan baik dan dijemput untuk meriahkan lagi suasana Hari Anugerah Sek Keb Tanjong Malim sesi 2012. Pencapaian yang baik dan telah mendapat pujian pelbagai pihak semasa Hari Sukan Sek Keb Tanjong Malim di Stadium Proton City telah mendapat perhatian daripada Guru Besar Tuan Hj Arshad B Mohamad PPT untuk menjemput pesilat di bawah pimpinan Datuk Mahaguru untuk mengadakan silat sembah di hadapan YB Hajjah Dato' Rusnah Bt Kassim Ketua Wanita UMNO Cawangan Tanjong Malim merangkap Adun Ulu Kinta sebagai perasmi di majlis tersebut di Kolej Za'ba UPSI. Selain itu, ucapan tahniah kepada Cikgu Hasnol Hady selaku Jurulatih Kanan Seni Silat Gayung Ghaib kerana diberi penghargaan Anugerah Komuniti Cemerlang SKTM 2012 kerana jasa beliau sebagai bapa kepada pelajar SKTM yang banyak memberikan sokongan kepada aktiviti sekolah seperti demo silat dan pengurusan silat di SKTM. Sehubungan itu, anak sulung kepada Datuk Mahaguru iaitu Serikandi Nabilah Humayra telah mendapat kepujian yang cemerlang dalam subjek Bahasa Melayu bagi Tahun Satu. Semoga dengan pencapaian yang membanggakan ini menjadi contoh dan semangat motivasi yang tinggi untuk pergi lebih jauh lagi.

Sabtu, 3 November 2012

MAJLIS PENAMAT SILAT BANDAR SERI BEHRANG

Majlis penamat silat telah diadakan di Gelanggang Bandar Seri Behrang di bawah pimpinan dan tunjuk ajar Cikgu Halimi pada 3 November 2012. Datuk Mahaguru bersama orang-orang kanannya telah menghadiri majlis tersebut bagi menyempurnakan majlis tersebut.

PENYAMPAIAN AMANAH JURULATIH KANAN

Perguruan mengucapkan tahniah kepada Cikgu Syafiq dan Cikgu Aziz kerana telah ditauliahkan sebagai Jurulatih Kanan. Semoga semangat motivasi yang diberikan ini dapat memberikan dorongan untuk menjalankan tugas bagi mengembangkan seni silat ini di Felda Sungai Behrang. Perguruan berasa berbesar hati kerana gelanggang tersebut dilawati oleh Kekanda Wahab yang merupakan orang lama dalam Gayung Ghaib. Ucapan terima kasih kepada Kekanda Wahab kerana sudi memberikan sokongan kepada Datuk Mahaguru untuk meneruskan perjuangan seni silat ini.

MAJLIS KESYUKURAN AIDIL ADHA

Salam perguruan Pertubuhan Seni Silat Gayung Ghaib Serantau Malaysia telah mengadakan majlis kesyukuran sempena Aidil Adha pada 3 November 2012. Sambutan diadakan di Masjid Proton City.