Rabu, 7 November 2012

HARI ANUGERAH SEK KEB TANJONG MALIM

Salam perguruan kepada yang meminati alam persilatan semoga tontonan maklumat ini dapat memberikan maklumat terkini bagi Pertubuhan Seni Silat Gayung Ghaib Serantau Malaysia di bawah pimpinan Datuk Mahaguru Mohd Azmir dapat berkembang maju lagi. Syukur kepada Allah s.w.t pimpinan Datuk Timbalan Mahaguru mendapat sambutan baik dan dijemput untuk meriahkan lagi suasana Hari Anugerah Sek Keb Tanjong Malim sesi 2012. Pencapaian yang baik dan telah mendapat pujian pelbagai pihak semasa Hari Sukan Sek Keb Tanjong Malim di Stadium Proton City telah mendapat perhatian daripada Guru Besar Tuan Hj Arshad B Mohamad PPT untuk menjemput pesilat di bawah pimpinan Datuk Mahaguru untuk mengadakan silat sembah di hadapan YB Hajjah Dato' Rusnah Bt Kassim Ketua Wanita UMNO Cawangan Tanjong Malim merangkap Adun Ulu Kinta sebagai perasmi di majlis tersebut di Kolej Za'ba UPSI. Selain itu, ucapan tahniah kepada Cikgu Hasnol Hady selaku Jurulatih Kanan Seni Silat Gayung Ghaib kerana diberi penghargaan Anugerah Komuniti Cemerlang SKTM 2012 kerana jasa beliau sebagai bapa kepada pelajar SKTM yang banyak memberikan sokongan kepada aktiviti sekolah seperti demo silat dan pengurusan silat di SKTM. Sehubungan itu, anak sulung kepada Datuk Mahaguru iaitu Serikandi Nabilah Humayra telah mendapat kepujian yang cemerlang dalam subjek Bahasa Melayu bagi Tahun Satu. Semoga dengan pencapaian yang membanggakan ini menjadi contoh dan semangat motivasi yang tinggi untuk pergi lebih jauh lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan