Sabtu, 15 Disember 2012

MAJLIS PENAMAT SILAT SEK KEB TANJONG MALIM PERAK

Salam perguruan satu majlis penamat silat di Sek Keb Tanjong Malim telah dijalankan pada 16 Disember 2012 hari Ahad pada pukul 9.00 pagi. Aktiviti penamat silat melibatkan peringkat permainan asas elakan tangan kosong, asas simbat, tempur tangan kosong dan tempur senjata simbat. Syukur kepada Allah s.w.t sokongan daripada ibu bapa menggalakkan dengan adanya jamuan yang disediakan pihak ibu bapa pelatih silat sendiri. Pihak perguruan mengucapkan terima kasih atas sokongan yang diberikan semoga perjuangan memelihara warisan Melayu ini mendapat tempat dikalangan generasi zaman sekarang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan