Salam perguruan cerita mengenai Pertubuhan Seni Silat Gayung Ghaib Serantau Malaysia dalam pelancaran Satri Muda Majlis Pendekar Malaysia diterbit dalam Utusan Malaysia pada 25 Februari 2013 bersama dengan ahli seni mempertahankan diri daripada Silambam Negeri Sembilan.
Selasa, 26 Februari 2013
Ahad, 24 Februari 2013
PENGIKTIRAFAN MAHAGURU PSSGGSM OLEH PENDEKAR NEGARA MALAYSIA
Salam pendekar, pada 23 Februari 2013 bersamaan 12 Rabiul Akhir 1434H satu catatan sejarah telah berlaku di mana pengasas utama PSSGGSM telah mendapat pengiktirafan sebagai Mahaguru PSSGGSM oleh Pendekar Negara Malaysia, Mahaguru Tan Sri Datuk Wira Hj Omardin Bin Mauju sempena Majlis Pelancaran Satria Muda di bawah Majlis Pendekar Malaysia yang disampaikan oleh YB Khairy Jamaluddin merangkap Ketua Pemuda UMNO dan Pengerusi Pemuda Barisan Nasional. Selain itu, PSSGGSM telah mendapat kepercayaan dalam membuat persembahan demo silat. Persembahan yang ditontonkan adalah amat membanggakan. Tahniah kepada semua pesilat dan anak didik PSSGGSM yang berjaya mempersembahkan seni tempur yang begitu unik. Semoga pencapaian ini merupakan satu lagi titik sejarah yang bakal membawa PSSGGSM dikenali dan disegani oleh persatuan silat yang lain. Visi PSSGGSM ialah bergerak maju dan setanding dengan Persatuan Seni Silat Lincah dan Persatuan Seni Silat Gayong Malaysia.
Jumaat, 22 Februari 2013
PERSEMBAHAN SILAT DI MESYUARAT PIBG SMK KALUMPANG SELANGOR
Persembahan silat oleh anak murid dari Ibu Gelanggang Kg. Pasir Putih Kalumpang Selangor di SMK Kalumpang sempena Mesyuarat Agong PIBG yang dirasmikan oleh YB Datuk Hj Mohamad Idris B Abu Bakar ADUN Hulu Bernam.
Isnin, 18 Februari 2013
Jumaat, 8 Februari 2013
MAJLIS PERASMIAN GELANGGANG PUSAT PSSGGSM OLEH SU MDTM
Salam perguruan, pada 7 Februari 2013 jam 9.30 malam Gelanggang Pusat Pertubuhan Seni Silat Gayung Ghaib Serantau Malaysia telah dirasmikan oleh Puan Siti Azura Bt Juki selaku SU MDTM yang sudi datang bersama suaminya bagi merasmikan gelanggang silat ini. Maka dengan rasminya Gelanggang Pusat PSSGGSM telah mendapat sokongan yang baik daripada MDTM. Semoga usaha semua bagi merealisasikan gelanggang ini akhirnya berjaya setelah mendapat kebenaran daripada MDTM. Satu lagi kejayaan bagi pihak perguruan bagi mengusahakan keindahan gelanggang tersebut akhirnya tercapai. Ucapan terima kasih kepada SU MDTM yang banyak memberikan bantuan kepada pihak perguruan. Beliau juga merupakan ahli silat. Oleh itu, semangat yang ditunjukkan oleh SU MDTM bagi menjaga warisan Melayu ini akan menjadi kenyataan.
Ahad, 3 Februari 2013
MAHAGURU MENGHADIRI MESYUARAT SATRIA MUDA
Salam perguruan,Mahaguru Muda Serantau Malaysia bersama Ketua Jurulatih Kanan menghadiri mesyuarat Satria Muda MPM di PWTC. Tahniah kepada Mahaguru dilantik sebagai Ketua Pemuda Satria Perak dan Cikgu Hasnol telah diberikan gelaran sebelum ini sebagai Panglima Satria bagi menjaga dua guru iaitu Mahaguru PSSGGSM dan Mahaguru Pendekar Malaysia. Semoga persembahan pada 16 Februari 2013 menjadi sejarah tersendiri bagi Pertubuhan Seni Silat Gayung Ghaib Serantau Malaysia.
Jumaat, 1 Februari 2013
PENGIKTIRAFAN MAHAGURU PSSGGSM OLEH MAHAGURU PENDEKAR NEGARA MALAYSIA
Salam pendekar, yang bertarikh 1 Februari 2013 jam 9.30 malam di Ipoh Perak telah mencatat satu sejarah pertubuhan PSSGGSM dan pihak perguruan mengucapkan tahniah serta syabas kepada Mahaguru Mohd Azmir Bin Hj Mohd Khalid kerana mendapat pengiktirafan sebagai Datok Mahaguru Pertubuhan Seni Silat Gayung Ghaib Serantau Malaysia yang sah dan pengiktirafan daripada wakil pendekar Negara Malaysia oleh YM Tan Sri Datuk Wira Haji Omardin Bin Mauju selaku Pendekar Negara Malaysia. Oleh yang demikian Mahaguru Mohd Azmir telah sah sebagai Mahaguru dalam Negara Malaysia bagi sebuah Pertubuhan Seni Silat Gayung Ghaib Serantau Malaysia. Selain itu, Pertubuhan Seni Silat Gayung Ghaib Serantau Malaysia kini bersama dengan Majlis Pendekar Malaysia (MPM) bagi bersama dengan seni bela diri yang lain bagi memperjuangkan seni bela diri di negara ini. Mahaguru juga telah dilantik sebagai Ketua Pemuda Satria Negeri Perak. Semoga pencapaian yang diberikan oleh Allah s.w.t ini akan membawa PSSGGSM ke arah kegemilangan yang lebih berdaya maju bagi masa akan datang. Selain itu, PSSGGSM serta Silat Lincah dan Silat Telapak Suci Kelantan akan mewakili seluruh pertubuhan silat di Negara Malaysia bagi mempersembahkan demo silat di PWTC pada 16 Februari 2013 9.00 malam.