Salam pendekar, yang bertarikh 1 Februari 2013 jam 9.30 malam di Ipoh Perak telah mencatat satu sejarah pertubuhan PSSGGSM dan pihak perguruan mengucapkan tahniah serta syabas kepada Mahaguru Mohd Azmir Bin Hj Mohd Khalid kerana mendapat pengiktirafan sebagai Datok Mahaguru Pertubuhan Seni Silat Gayung Ghaib Serantau Malaysia yang sah dan pengiktirafan daripada wakil pendekar Negara Malaysia oleh YM Tan Sri Datuk Wira Haji Omardin Bin Mauju selaku Pendekar Negara Malaysia. Oleh yang demikian Mahaguru Mohd Azmir telah sah sebagai Mahaguru dalam Negara Malaysia bagi sebuah Pertubuhan Seni Silat Gayung Ghaib Serantau Malaysia. Selain itu, Pertubuhan Seni Silat Gayung Ghaib Serantau Malaysia kini bersama dengan Majlis Pendekar Malaysia (MPM) bagi bersama dengan seni bela diri yang lain bagi memperjuangkan seni bela diri di negara ini. Mahaguru juga telah dilantik sebagai Ketua Pemuda Satria Negeri Perak. Semoga pencapaian yang diberikan oleh Allah s.w.t ini akan membawa PSSGGSM ke arah kegemilangan yang lebih berdaya maju bagi masa akan datang. Selain itu, PSSGGSM serta Silat Lincah dan Silat Telapak Suci Kelantan akan mewakili seluruh pertubuhan silat di Negara Malaysia bagi mempersembahkan demo silat di PWTC pada 16 Februari 2013 9.00 malam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan