Salam perguruan, kini Pertubuhan Seni Silat Gayung Ghaib Serantau Malaysia mula mengorak langkah untuk membuka lagi satu cawangan di kawasan Negeri Selangor iaitu di Taman Bernam Jaya bersama kawasan Ulu Bernam. Melalui perbincangan antara Ketua Pemuda Belia Bernam Jaya dan Ulu Bernam telah menarik minat mereka untuk membuka gelanggang silat. Terima kasih kepada Abang Hanif Khan kerana sudi mengundang kami untuk berbincang bagi mewujudkan aktiviti sihat bagi belia di kawasan tersebut. Ucapan dan penerangan daripada Mahaguru telah membawa satu suntikan semangat dan minat dikalangan belia di situ. Semoga usaha yang dilakukan dapat lagi memperluaskan pengaruh Gayung Ghaib Serantau di sekitar Selangor.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan