Selasa, 9 Julai 2013

MAJLIS PENAMAT SILAT SEBELUM MENYAMBUT BULAN RAMADHAN

Salam perguruan, sebelum menyambut bulan Ramadhan yang penuh barakah beberapa majlis penamat silat telah diadakan. Pelbagai ujian dan hikmah yang Allah s.w.t tunjukkan semasa ujian penamat dijalankan. Antara ujian yang dijalankan ialah rejam lembing dengan menggunakan batang tebu dengan mata ditutup, diserang dengan batang tebu sambil mata ditutup, libasan tebu ke badan dan balingan batu giling ke belakang badan (ilmu penimbul). Perkara ajaib yang Allah tunjukkan di mana semasa mendoakan bunga dan bengkung terdapat tiba-tiba sekelompok semut api yang banyak telah ada di sebelah Datok Mahaguru Muda dan selepas selesai berdoa semut api tersebut pun beredar sendiri, semasa membaca doa penamat di Kg Pasir Putih, tiba-tiba datang angin sejuk yang disangkakan akan hujan tetapi tidak begitu kerana selepas berdoa angin sejuk itu telah tiada dan semasa ujian libasan tebu dan balingan batu giling Allah telah menampakkan ilmu penimbul. Semasa ujian mata hati dengan balingan batang tebu semua pesilat dapat gerak hati yang baik dan dapat mengagakkan kehadiran lembing yang dibaling ke arah mereka walaupun ditutup mata dengan kain hitam.
















Tiada ulasan:

Catat Ulasan