Jumaat, 29 November 2013
DEMO SILAT PANGLIMA MUDA A'TIF DAN SERIKANDI MUDA NABILAH HUMAYRA
Salam perguruan, satu persembahan silat oleh adik A'tif ( 4 tahun ) dan Nabilah Humayra ( 8 tahun ) di satu majlis perkahwinan di Kampung Teluk Mencalang Manjung Perak. Majlis tersebut dihadiri oleh YB En. Rashidi Ibrahim ADUN Pasir Panjang Laut dan pemimpin setempat iaitu Tuan Haji Mohd Khalid Othman selaku Pengerusi KRT dan En. Din Pengerusi 3M. Tahniah diucapkan kepada anak muda ini kerana berani dan bersemangat berhadapan dengan masyarakat bagi mempersembahkan warisan Melayu ini. Sambutan yang baik diberikan oleh kalangan penduduk di situ kerana teruja melihat anak kecil mempergayakan gerak silat yang comel. Dua anak ini merupakan anak kepada YM Datok Mahaguru Serantau Malaysia dan Bonda Seri Diraja PSSGGSSM. Sila layari video silat melalui https://www.facebook.com/mohdazmir.mohdkhalid?ref=tn_tnmn#!/photo.php?v=585270518193920&set=vb.100001329321234&type=2&theater
Rabu, 13 November 2013
MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG SKTM
Salam perguruan, satu majlis Anugerah Cemerlang SKTM telah diadakan 12 Novemeber 2013. Pasukan silat dari PSSGGSM telah mendapat jemputan membuat persembahan silat yang diketuai oleh Panglima Muhammad A'tif berumur 4 tahun yang merupakan anak kepada YM Datok Mahaguru Muda Serantau Malaysia dan Bonda Seri Diraja. Semangat yang ditunjukkan oleh anak-anak kecil ini adalah pemangkin semangat kepada pesilat lain untuk terus berjuang mempertahankan silat ini. Hari Anugerah SKTM telah dirasmi oleh YB Datuk Rusnah Kasim ADUN Behrang dan Exco Perak. Selain itu, turut sama hadir ialah Dr Ahmad Sohaimi Lazim merupakan YDP PIBG SKTM dan juga bekas calon BN semasa PRU kecil di Sg. Limau di mana YM Datok Mahaguru Muda Serantau Malaysia merupakan Setiausaha Agong PIBG SKTM serta turut sama menyaksikan persembahan silat itu ialah Pengarah Politeknik Sultan Azlan Shah iaitu En. Karim
Isnin, 11 November 2013
PENYAMPAIAN HADIAH KEPADA PASANGAN PENGANTIN
Salam perguruan, pada 10 November 2013 di Gelanggang Pusat PSSGGSM empat pasangan pengantin baru telah mendapat hadiah daripada sumbangan ahli-ahli pesilat PSSGGSM di gelanggang tersebut. Syukur kepada Allah s.w.t ukhwah yang terbentuk merapatkan lagi hubungan antara pesilat. Semoga perjuangan pesilat PSSGGSM dapat terus mantap melalui persahabatan yang terjalin. Antara yang menerima hadiah perkahwinan ialah Tuan Guru Shafaris, Tuan Guru Ismail, Cikgu Wan Ruslan dan saudara Apek.
MAJLIS PENAMAT DI SKTM
Salam perguruan, satu majlis penamat di Sek. Keb. Tanjong Malim telah diadakan pada 10 November 2013 (Ahad) dengan beberapa pesilat mengambil ujian dengan jayanya. Semasa majlis tersebut YM Datok Mahaguru Muda Serantau Malaysia memaklumkan sistem baru bagi menilai dan cara menentukan tahap pencapaian pesilat dengan lebih berkesan bagi meningkatkan lagi tahap kualiti ilmu yang dipelajari oleh pesilat.
Jumaat, 1 November 2013
PENAMAT PERINGKAT SILAT TAMAN TANJAK KUALA KUBU SELANGOR
Salam perguruan satu lagi majlis penamat silat telah selamat diadakan di Taman Tanjak Kuala Kubu Selangor. Ramai hadiran daripada kalangan ibu bapa yang hadir melihat anak-anak mereka. Selain itu, turut hadir bersama orang-orang kanan YM Datok Mahaguru Serantau Malaysia PSSGGSM seperti Bonda Seri Diraja Syazleena, Tuan Guru Khairul, Tuan Guru Faris, Cikgu Khairi, Cikgu Tain dan Puan Serikandi Setia Ida. Majlis disambut meriah dengan letupan bunga api sempena Hari Deepavali di kawasan tersebut yang akan berlangsung esok hari. Tahniah diucapkan kepada Cikgu Alang selaku jurulatih kanan di situ. Semasa peristiwa ini berlaku, ketika YM Datok Mahaguru selepas meletakkan tangan beliau ke tali bengkong dan limau adat yang terdapat dalam talam, lampu gelanggang itu tetiba terpadam dan suasana menjadi hairan sebentar. Selain itu, semasa YM Datok Mahaguru sedang membaca doa tangguh gelanggang tetiba letupan bunga api menjadi perlahan dan terus berhenti meletup. Ini adalah beberapa perkara yang menarik dan boleh dijadikan kenangan dalam lipatan sejarah PSSGGSM.