Jumaat, 1 November 2013

PENAMAT PERINGKAT SILAT TAMAN TANJAK KUALA KUBU SELANGOR

Salam perguruan satu lagi majlis penamat silat telah selamat diadakan di Taman Tanjak Kuala Kubu Selangor. Ramai hadiran daripada kalangan ibu bapa yang hadir melihat anak-anak mereka. Selain itu, turut hadir bersama orang-orang kanan YM Datok Mahaguru Serantau Malaysia PSSGGSM seperti Bonda Seri Diraja Syazleena, Tuan Guru Khairul, Tuan Guru Faris, Cikgu Khairi, Cikgu Tain dan Puan Serikandi Setia Ida. Majlis disambut meriah dengan letupan bunga api sempena Hari Deepavali di kawasan tersebut yang akan berlangsung esok hari. Tahniah diucapkan kepada Cikgu Alang selaku jurulatih kanan di situ. Semasa peristiwa ini berlaku, ketika YM Datok Mahaguru selepas meletakkan tangan beliau ke tali bengkong dan limau adat yang terdapat dalam talam, lampu gelanggang itu tetiba terpadam dan suasana menjadi hairan sebentar. Selain itu, semasa YM Datok Mahaguru sedang membaca doa tangguh gelanggang tetiba letupan bunga api menjadi perlahan dan terus berhenti meletup. Ini adalah beberapa perkara yang menarik dan boleh dijadikan kenangan dalam lipatan sejarah PSSGGSM.










Tiada ulasan:

Catat Ulasan