Salam perguruan, pada 21 Disember 2013 PSSGGSM telah menerima tetamu daripada pelajar-pelajar UPM daripada Fakulti Ekonomi dan Pengurusan. Tujuan kehadiran mereka adalah ingin menjalankan satu kajian etnik masyarakat Melayu di Malaysia. Pelajar-pelajar tersebut telah memilih PSSGGSM sebagai bahan kajian mereka. Pelbagai soalan ditanya dan telah mendapat penerangan daripada pengasas utama PSSGGSM YM Datok Mahaguru Serantau Malaysia. Pihak perguruan telah memilih Ibu Gelanggang PSSGGSM Kg. Pasir Putih Kalumpang Selangor sebagai destinasi bagi kajian pelajar-pelajar UPM. Kajian mereka meliputi dua sesi iaitu sesi sebelah petang bersoal jawab mengenai sejarah Seni Silat Gayung Ghaib dan beberapa perkara yang melibatkan adat dan adab dalam persilatan PSSGGSM. Justeru itu, sesi malam pula memperlihatkan kaedah penyampaian ilmu silat kepada pesilat oleh tenaga pengajar. Sehubungan itu, pelajar-pelajar UPM tersebut cuba berlatih bersama ilmu silat yang diajar oleh YM Datok Mahaguru Serantau Malaysia PSSGGSM. Pihak perguruan mengucapkan ribuan terima kasih kepada pelajar-pelajar UPM iaitu Sarina, Siti Mardliyanah, Reena, Nur Shazwin dan Pimy kerana sudi melakukan kajian Seni Silat Gayung Ghaib Serantau ini di dalam kajian mereka. Semoga kehadiran mereka membawa satu rahmat yang baik daripada Allah s.w.t kepada PSSGGSM agar perguruan ini lebih maju lagi.
Isnin, 23 Disember 2013
Sabtu, 21 Disember 2013
PENAMAT SILAT DI KG. AIR PANAS KERLING SELANGOR
Salam perguruan, satu majlis penamat silat telah diadakan di Kg. Air Panas Kerling Selangor. Ramai ibu bapa yang hadir bagi memeriahkan keadaan. Malam yang begitu tidak disangka dimana dalam keadaan hujan yang turun tanpa henti, tiba-tiba saja keadaan menjadi tenang sejurus YM Datok Mahaguru Serantau Malaysia PSSGGSM bersama orang-orang kanan beliau. Dengan berkat doa majlis berjalan dengan lancar tanpa gangguan. Keadaan kembali hujan semula dengan rintikan hujan yang kecil sejurus selepas majlis selesai. Sesungguhnya Allah Maha Pengasih dan Maha Peyanyang.
HARI KELUARGA PSSGGSM 2013
Salam perguruan, bagi mengakhiri tahun 2013 perguruan telah mengadakan Majlis Hari Keluarga di Balai Raya Kg. Pasir Putih Kalumpang Selangor pada 20 Disember 2013. Pelbagai diadakan pada malam tersebut iaitu pertandingan kareoke dan pakaian beragam. Kerjasama yang baik tunjukkan oleh semua pesilat. Semoga majlis dapat merapat ukhwah antara ahli PSSGGSM. Juara kareoke dimenangi oleh Cikgu Muda Iskandar.