Isnin, 23 Disember 2013

LAWATAN SAMBIL BELAJAR DARIPADA PELAJAR UPM

Salam perguruan, pada 21 Disember 2013 PSSGGSM telah menerima tetamu daripada pelajar-pelajar UPM daripada Fakulti Ekonomi dan Pengurusan. Tujuan kehadiran mereka adalah ingin menjalankan satu kajian etnik masyarakat Melayu di Malaysia. Pelajar-pelajar tersebut telah memilih PSSGGSM sebagai bahan kajian mereka. Pelbagai soalan ditanya dan telah mendapat penerangan daripada pengasas utama PSSGGSM YM Datok Mahaguru Serantau Malaysia. Pihak perguruan telah memilih Ibu Gelanggang PSSGGSM Kg. Pasir Putih Kalumpang Selangor sebagai destinasi bagi kajian pelajar-pelajar UPM. Kajian mereka meliputi dua sesi iaitu sesi sebelah petang bersoal jawab mengenai sejarah Seni Silat Gayung Ghaib dan beberapa perkara yang melibatkan adat dan adab dalam persilatan PSSGGSM. Justeru itu, sesi malam pula memperlihatkan kaedah penyampaian ilmu silat kepada pesilat oleh tenaga pengajar. Sehubungan itu, pelajar-pelajar UPM tersebut cuba berlatih bersama ilmu silat yang diajar oleh YM Datok Mahaguru Serantau Malaysia PSSGGSM. Pihak perguruan mengucapkan ribuan terima kasih kepada pelajar-pelajar UPM iaitu Sarina, Siti Mardliyanah, Reena, Nur Shazwin dan Pimy kerana sudi melakukan kajian Seni Silat Gayung Ghaib Serantau ini di dalam kajian mereka. Semoga kehadiran mereka membawa satu rahmat yang baik daripada Allah s.w.t kepada PSSGGSM agar perguruan ini lebih maju lagi.










































Tiada ulasan:

Catat Ulasan