Selasa, 3 Disember 2013
UJIAN MATA HATI DI IBU GELANGGANG KG. PASIR PUTIH KALUMPANG SELANGOR
Salam perguruan satu majlis ujian mata hati telah dilakukan kepada pesilat yang mengambil dan lulus ujian peringkat silat. Pesilat diuji dengan menutup mata dengan kain agar tidak dapat melihat. Ujian tersebut setiap pesilat diarahkan mencari sebatang lilin yang diletakkan secara selerak di hadapan mereka tanpa mengetahui kedudukan batang lilin tersebut. Syukur kepada Allah s.w.t dengan kebesaranNya maka kesemua ahli pesilat berjaya mendapatkan sebatang lilin bagi setiap orang. Ujian ini dilakukan bagi memantapkan iman mereka dan yakin kepada kebesaran Allah s.w.t , maka setiap pesilat berzikir dengan bersungguh-sungguh tanpa henti memohon pertolongan daripada Allah s.w.t. Kelebihan apabila diasah mata hati ini pesilat akan lebih yakin, terang daya tumpuan hati dan membersihkan hati daripada sebarang perkara yang negatif.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan