Selasa, 21 Januari 2014
PELAJAR PERTAMA BUKAN ISLAM BELAJAR SILAT GAYUNG GHAIB SERANTAU MALAYSIA
Salam perguruan, pihak perguruan berasa bersyukur kepada Allah s.w.t kerana menghadirkan seorang hambanya yang bukan beragama Islam untuk mempelajari ilmu persilatan Gayung Ghaib Serantau Malaysia. Nama beliau ialah Jevan Nelson a/l Varatharajoo yang berdiri sebelah kiri YM Datok Mahaguru Muda Serantau Malaysia. Beliau merupakan seorang yang beragama Hindu, dimana ayahnya adalah beragama Hindu dan ibunya beragama Kristian kacukan Sarawak. Beliau kini menetap di Skudai Johor dan berkerja di Maybank. Beliau berasa berminat mempelajari silat setelah mendapat petunjuk melalui mimpi. Melalui cerita beliau, dalam mimpi tersebut beliau berjumpa dengan YM Datok Mahaguru Muda yang berpakaian silat serba merah dan berdiri belakang pula adalah Laksamana Hang Tuah. Beliau mendapat gerak hati yang baik untuk menuntut ilmu silat ini dengan YM Datok Mahaguru Muda. Tanpa membuang masa dan dengan minat yang mendalam dalam ilmu silat beliau teruskan langkah mencari ilmu silat ini dari Johor ke Perak untuk bertemu dengan YM Datok Mahaguru Muda. Kini beliau telah menjadi ahli silat Gayung Ghaib Serantau Malaysia. Semoga pihak perguruan dapat membentuk beliau mengenal Islam dan mendapat hidayah dari Allah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan