Salam perguruan, sudah sekian lama YM Datok Mahaguru Muda tidak memakai pakaian penuh (Pengakap), kini beliau memakai semula kerana arahan kementerian dimana setiap cikgu perlu ada sepasang pakaian uniform pada hari Rabu. Semasa memakai baju tersebut teringat akan kenangan semasa aktif sebagai ahli pengakap di sekolah rendah iaitu memperolehi lencana Keris Gangsa, Perak dan Emas serta 6 lencana kepandaian. Apabila di sekolah menengah pula beliau mendapat lencana Usaha, Maju dan Jaya serta 6 lencana kepandaian. Selepas itu beliau menambahkan lagi kecekapan beliau dengan memperolehi 5 lencana tertinggi serta Rambu Kuning. Begitu indah saat itu bersama rakan-rakan beliau mengharungi ujian sebagai seorang pengakap. Kini beliau telah menjadi pendidik maka penglibatan sebagai ahli Pengakap diteruskan di tempat beliau mengajar sebagai seorang guru. Beliau merupakan salah seorang Pemimpin Pengakap Kanak-kanak di Sek. Keb. Tanjong Malim. Banyak pengalaman ditempohi oleh beliau dan telah sebati dengan ilmu Pengakap di dalam jiwa beliau. Kini beliau menurunkan ilmu tersebut kepada anak-anak muridnya pula.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan