Isnin, 3 Mac 2014

DR GABRIEL FACAL DARI PERANCIS MENEMURAMAH YM DATOK MAHAGURU MUDA SERANTAU

Salam perguruan semasa edisi 7 persembahan 1000 serikandi dan himpunan ramai perguruan silat yang dianjurkan oleh Dunia Seni Silat Melayu. Seorang warga Perancis iaitu Dr. Gabriel Facal telah berminat menemuramah YM Datok Mahaguru Serantau Malaysia mengenai sejarah dan ilmu Gayung Ghaib. YM Datok Mahaguru telah menceritakan sejarah Gayung Ghaib bermula dan diasaskan oleh YM Datok Seri Panglima Kalam Mahaguru Ibrahim Mat Zin sambil menunjukkan banner yang menunjukkan gambar Datok Mahaguru Ibrahim Mat Zin dan Timbalan Mahaguru yang merupakan guru-guru tua dalam Gayung Ghaib. Dr. Gabriel sungguh berminat ingin mengetahui ilmu silat dan berhajat mendalami ilmu Silat Gayung Ghaib. Ini adalah perjuangan YM Datok Mahaguru Serantau ingin melihat silat ini maju dan dikenali diseluruh dunia. Kini cerita mengenai Gayung Ghaib Serantau akan di bawa ke Negara Perancis dan merupakan satu kebanggaan bagi semua warga Gayung Ghaib. Sesungguhnya niat yang baik telah Allah s.w.t buktikan bahawa orang yang ihklas dalam perjuangan pasti ada bantuan daripadaNya. Amin.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan