Isnin, 3 Mac 2014

PSSGGSM MELEBARKAN SAYAP DI TASIK TITIWANGSA K.L SEMPENA HIMPUNAN 1000 SERIKANDI ANJURAN DUNIA SENI SILAT MELAYU

Salam peguruan, PSSGGSM sekali lagi mengada aktiviti bersama DSSM di Tasik Titiwangsa K.L. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Pendekar Negara Tan Sri Datuk Mahaguru Omardin Mauju. Dalam majlis tersebut YM Datok Mahagru Serantau mendapat satu sentuhan semangat daripada Pendekar Negara agar YM Datok Mahaguru teruskan agenda mengembangkan seni silat dengan cemerlang lagi. YM Datok Mahaguru Serantau pernah mendapat pengiktirafan daripada Pendekar Negara sebagai Datok Mahaguru Gayung Ghaib Serantau Malaysia pada tahun 2013. Terima kasih kepada Tuan Sahruddin Pengerusi Dunia Seni Silat Melayu (DSSM) kerana sudi menjemput kami bersama dalam majlis tersebut. Selain itu, terdapat 40 jenis silat yang hadir termasuk daripada Singapura, Brunei dan Indonesia. Semoga jalinan ukhwah yang terjalin ini dapat diteruskan pada masa akan datang.













Tiada ulasan:

Catat Ulasan