Salam perguruan satu gelanggang silat yang baru di buka di Kg. Sg. Sekiah telah dirasmi oleh Yang Berbahagia Datuk Ahmad A. Talib Ahli Lembaga Pengarah Media Prima Bhd selaku Penaung pengurusan gelanggang silat di Kg Sg. Sekiah. Beliau telah memberikan sumbangan kepada anak-anak kampung tersebut dalam mewujudkan aktiviti yang sihat di kawasan tersebut.
Jumaat, 11 April 2014
PENGIKTIRAFAN GRAND MASTER DARIPADA WORLD JU-JITSU SELF DEFENCE COMBAT SYSTEM KEPADA YM DATUK MAHAGURU PSSGGSM
11 April 2014, Salam perguruan mengucapkan terima kasih kepada Yang Berbahagia Datuk Ahmad A. Talib Ahli Lembaga Pengarah Media Prima Bhd kerana sudi menyampaikan sijil pengiktirafan Grand Master daripada Master Luca Marducci World Ju-Jitsu Self Defence System Combat London kepada YM Datuk Mahaguru Mohd Azmir sempena pembukaan gelanggang silat yang baru di Kg. Sg. Sekiah Perak.
Selasa, 8 April 2014
MESYUARAT PEMBUKAAN GELANGGANG SILAT DI KG. SG. SEKIAH
Salam perguruan pada 7 April 2014 telah diadakan perjumpaan dengan penduduk Kg. Sg. Sekiah bagi membincangkan pembukaan gelanggang silat PSSGGSM yang baru di kampung tersebut. Pembukaan gelanggang silat ini adalah merupakan idea Datuk Ahmad A. Talib Ahli Lembaga Pengarah Media Prima. Tetamu yang turut hadir ialah Timbalan Ketua Balai Polis Behrang Stesen SM Rosli. Seramai 20 orang telah mendaftar untuk menjadi ahli PSSGGSM. Cadangan tapak gelanggang agak strategik di tepi jalan besar ke Kg. Sg. Sekiah di mana pemilik tanah tersebut dengan sukacitanya telah memberikan kebenaran dan sokongan yang baik bagi menghidupkan aktiviti belia di kampung tersebut. Selain itu, beberapa dana dan sumbangan akan diperolehi kepada para pelatih dan jurulatih PSSGGSM di situ nanti.
Ahad, 6 April 2014
Sabtu, 5 April 2014
ANUGERAH SANDANG KEHORMAT MAHKOTA PELANGI PSSGN KEPADA DATUK MAHAGURU PSSGGSM
Salam perguruan, tahniah kepada perguruan Gayung Ghaib Serantau Malaysia kerana telah dianugerahkan Sandang Kehormat Mahkota Pelangi kepada Datuk Mahaguru Mohd Azmir Bin Hj Mohd Khalid oleh Prof. Dato' Seri Dr. Mohammad Fairus Khairuddin Waris Amanah Mutlak/Guru Utama/Presiden Pertubuhan Silat Seni Gayong Nusantara (PSSGN) di Politeknik Sultan Azlan Shah Tanjong Malim Perak pada 5 April 2014.