Salam perguruan pada 7 April 2014 telah diadakan perjumpaan dengan penduduk Kg. Sg. Sekiah bagi membincangkan pembukaan gelanggang silat PSSGGSM yang baru di kampung tersebut. Pembukaan gelanggang silat ini adalah merupakan idea Datuk Ahmad A. Talib Ahli Lembaga Pengarah Media Prima. Tetamu yang turut hadir ialah Timbalan Ketua Balai Polis Behrang Stesen SM Rosli. Seramai 20 orang telah mendaftar untuk menjadi ahli PSSGGSM. Cadangan tapak gelanggang agak strategik di tepi jalan besar ke Kg. Sg. Sekiah di mana pemilik tanah tersebut dengan sukacitanya telah memberikan kebenaran dan sokongan yang baik bagi menghidupkan aktiviti belia di kampung tersebut. Selain itu, beberapa dana dan sumbangan akan diperolehi kepada para pelatih dan jurulatih PSSGGSM di situ nanti.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan