Salam perguruan Gayung Ghaib telah menghadiri penghormatan yang terakhir bagi DYMM Sultan Azlan Shah yang telah mangkat pada 28 Mei 2014. Pada pukul 4 pagi pada 27 Mei terjaga daripada tidur. Alhamdulillah dengan izin Allah telah membangkitkan hambanya untuk solat sunat pada pagi tersebut. Pada saat itu keadaan yang tak disangka yang akan berlaku. Berita masih tidak diketahui sehingga selepas solat Asar. Pada solat Asar keadaan cuaca yang agak menakutkan dengan hujannya turun dengan lebat dengan berselang dengan dentuman guruh dan kilat. Hambanya hanya mampu berdoa agar keadaan menjadi tenang semula. Syukur kepada Allah s.w.t keadaan tenang semula. Hajat telah disampaikan kepada Bonda Seri Diraja jika Sultan Perak mangkat di hati ini terasa ingin datang menziarah. Rupanya keadaan adalah benar pada 28 Mei 2015 lebih kurang 1.30 tengah hari Sultan Azlan Shah telah mangkat. Dengan hati yang terharu merancang untuk pergi menziarah pada 29 Mei. Dengan kuasa Allah Yang Maha Agung angkatan pemergian Gayung Ghaib akhirnya sampai ke Istana Iskandariah pada pukul 11.45 pagi. Bergegas angkatan melangkah kaki ke istana tersebut. Dengan ini YM Datok Mahaguru, Bonda Seri Diraja, Anakanda, Tuan Guru, Jurulatih Kanan serta 3 orang murid perguruan menjejak kaki ke istana dan menziarah almarhum Sultan Azlan Shah. Perguruan mengucapkan kesyukuran kerana Allah telah membenarkan kami mewakili Alam Gayung Ghaib menzirahi Sultan Perak yan telah kembali kepada penciptaNya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan