Jumaat, 28 September 2012
ORANG LAMA GAYUNG GHAIB MELAWAT ORANG BARU GAYUNG GHAIB
Salam perguruan kami daripada Pertubuhan Seni Silat Gayung Ghaib Serantau Malaysia di bawah pimpinan Datuk Mahaguru Mohd Azmir di Proton City berasa berbangga kerana hari ini 28 Sept 2012 telah dilawati oleh ahli lama Gayung Ghaib yang sekarang menetap di Melaka. Nama beliau ialah Abg Aniss Bukharee Bin Hj. Mohd Alwi. Beliau bekerja di syarikat cari gali petroleum. Asalnya cerita beliau adalah bermula datang untuk bertemu dengan Datuk Mahaguru untuk berubat untuk anaknya. Tanpa disedari setelah dirisik rupanya beliau adalah ahli lama perguruan. Beliau berasa berbangga kesungguhan kami dalam mertabatkan Seni Silat Gayung Ghaib ini. Beliau menyampaikan amanat teruskan perjuangan. Sehubungan dengan itu, beliau bertanya kepada Datuk Mahaguru agar sudi datang ke Melaka untuk membuka gelanggang di sana. Semoga langkah baru ini dapat diteruskan lagi sehingga ke puncak kegemilangan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan