Ahad, 7 Oktober 2012
LOMPATAN API
Salam perguruan, syukur kepada Allah s.w.t majlis anugerah selempang Gurulatih dan Jurulatih Kanan di bawah pimpinan Datuk Mahaguru. Selain itu, majlis kesyukuran diadakan bagi menandakan tanda syukur pesilat kepada Allah di atas kurniaan amanah dan jawatan yang diberikan. Tahniah kepada yang terpilih dan diharapkan dapat meneruskan perjuangan Seni Silat Gayung Ghaib ini dengan baik. Semoga pentauliahan ini dapat meningkatkan motivasi diri agar lebih bersaing tinggi dan cekal menempuhi dugaan yang mendatang. Sehubungan itu, setiap amanah yang diberikan dapat dilaksanakan dengan baik. Pesanan daripada Datuk Mahaguru agar setiap pesilat tidak menyimpan niat yang buruk terhadap sesama perguruan, tetapi terus memberikan sokongan yang baik kepada perjuangan yang telah diusahakan selama ini. Teruskan usaha dengan cara yang baik dan tidak melanggar hukum Agama Islam. Selain aktiviti majlis kesyukuran, terdapat juga latihan demo silat bagi persiapan untuk pertunjukan di Stadium Proton pada 13 Oktober 2012 (Sabtu).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan