Ahad, 14 Oktober 2012

PERSEMBAHAN SENI SILAT DI STADIUM PROTON

Salam perguruan syukur kepada Allah s.w.t persembahan seni silat di Stadium Proton selamat dijalankan dengan jayanya. Majlis dirasmikan oleh YB Dato' Seri Ong Ka Chuan Ahli Parlimen Tanjong Malim. Seramai 60 orang ahli pesilat terdiri daripada Gelanggang Proton City dan SKTM di bawah pimpinan tunjuk ajar Datuk Mahaguru Mohd Azmir. Salam penghargaan kepada semua pesilat daripada Gelanggang Proton City serta Majlis Tertinggi Pertubuhan Seni Silat Gayung Ghaib Serantau Malaysia di bawah pimpinan Datuk Mahaguru kerana berjaya merealisasikan persembahan ini. Persembahan seni silat yang ditontonkan ialah seni permainan, tempur tangan kosong, tempur bersenjata, memecahkan blok simen, pukulan tukul besi ke perut, memecahkan kelapa dengan tangan, libasan batang tebu ke badan, membengkokkan batang besi ke leher dan lompatan api. Terima kasih kepada Ayahanda Zain kerana sudi datang memberikan semangat dan tunjuk ajar. Semoga kebangkitan Silat Gayung Ghaib di bawah pimpinan Datuk Mahaguru dapat membawa perubahan era yang baru serta boleh diterima oleh lapisan masyarakat bagi memertabatkan warisan Melayu ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan