Salam pendekar, syukur kepada Allah s.w.t Ibu Gelanggang Selangor Kg. Pasir Putih Kalumpang Selangor telah mengadakan majlis penamat silat yang kali pertama. Sungguh meriah keadaan penamat di sini iaitu sambutan daripada Ketua Kampung dan wakil masjid serta ibu bapa turut hadir bersama. Setibanya Datok Mahaguru Mohd Azmir, beliau disambut oleh Tuan Guru Khairul dan Jurulatih-jurulatih kanan serta dengan paluan kompang daripada kumpulan kompang yang terdiri daripada anak murid Pertubuhan Seni Silat Gayung Ghaib Serantau Malaysia di bawah pimpinan Abang Sham. Keadaan gelanggang yang begitu menarik seumpama seperti gelanggang dulu kala melahirkan keadaan dan susana yang menarik pemerhatian Datok Mahaguru. Semoga gelanggang ini dapat melahirkan pesilat yang baik dari segi akhlak dan rohani. Tahniah buat Cikgu Hasnol selaku Ketua Jurulatih Kanan yang berjaya memimpin gelanggang silat tersebut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan