Selasa, 8 Januari 2013
PEMIMPIN ZAMAN SEKARANG - APA MAKSUDNYA DATOK MAHAGURU
Kupasan pagi daripada pemimpin PSSGGSM - dikatakan sebagai pemimpin adalah untuk memimpin, tapi bukan dijadikan boneka dalam kepimpinan. Sebagai pemimpin sentiasa ada hati ihklas dalam kepimpinan tetapi sebaliknya jikalau ada kepentingan maka buruk langkahnya dan pengurusan menjadi tak kemas. Pelbagai nama diberi pemimpin tetapi bukan untuk kemegahan tetapi kerja yang menanti. Pemimpin banyak zaman sekarang jikalau dipanggil pemimpin silat pasti ada gelanggangnya dan anak murid. Nama pemimpin diberi tetapi anak murid tiada apatah lagi gelanggang pun tiada maka kepimpinan menjadi tanda tanya. Persilatan merupakan satu skop pengajaran dan pembelajaran kiranya diberikan nama guru sebagai pendidik tetapi nama diberi sebagai guru atau seumpamanya tetapi anak murid dan gelanggang tiada maka orang akan tanya siapa yang beri gelaran kepadanya sebagai guru atau pemimpin. Guru silat merupakan pemimpin dan ada setengah perguruan guru silat menggelarkan anak muridnya panglima tetapi gelaran itu pada zaman dahulu dan sekarang diberikan oleh Sultan atau Raja yang memerintah. Gelaran panglima menjadi tanda soal, maka salah diberikan gelaran itu kerana kena pada sepatutnya. Sebenarnya gelaran itu adalah suatu motivasi bagi menaikkan semangat yang diberikan guru silat itu kepada anak muridnya agar lebih berdaya maju. Pelbagai gelaran diberi dalam kepimpinan terutamanya dalan bidang silat kerana silat adalah satu pertubuhan yang sepatutnya mendapat perhatian penuh oleh kerajaan keranan sebagai guru silat, beliau merupakan khazanah negara yang patut dipelihara. Kenapa kita bercakap demikian kerana bukan mudah hendak mengembangkan silat ini di zaman sekarang ataupun dulu. Pesilat di zaman dahulu dipandang tinggi tetapi sekarang agak kecewa kalau difikirkan. Seorang guru silat jikalau berjaya membuka dan membimbing anak murid untuk membuka gelanggang adalah satu cabaran yang tinggi yang bukan calang-calang orang. Umpama itu dikata kerana kita nak menarik perhatian anak muda atau tua zaman sekarang penuh dengan cabaran. Jikalau pemimpin silat yang hanya ada gelaran pemimpin tetapi bukan atau kurang mengajar silat maka agak sukar kita nak bincang kerana kepimpinan seperti ini lebih baik letak jawatan dan serahkan kepada yang mahu memimpin. Tok guru , guru utama , gurulatih , datok mahaguru , jurulatih dan cikgu serta guru terutama ialah jawatan dan gelaran yang baik di dengar tetapi agak kurang senang bagi sesetengah pihak. Sebenarnya kita pandang kepada niat dan lihat perkembangan yang di bawa oleh kepimpinan itu, jikalau kepimpinan itu kena kepada pencapaiannya rasanya kita malu kerana kita tak mampu seperti beliau. Gelaran kepimpinan yang di beri ada yang diberi kerana amanah ada yang diberi kerana mengganti seseorang yang tak mampu memimpin. Sultan dan Raja dijulang oleh rakyat maka tiada rakyat maka tiada pemimpin bernama Sultan dan Raja. Jikalau Guru silat juga diangkat oleh anak murid yang sama dengan panggilan rakyat. Pendapat lain ialah tanpa anak murid maka tiada guru. Tetapi jikalau guru itu diberikan gelaran seumpama itu tetapi tiada anak murid dan gelanggang silat agak sukar kita nak fikirkan situasi tersebut. Akhir kata dari pemimpin PSSGGSM saya hanya menjalankan tugas tetapi setakat mana yang saya mampu. Datok atau senang dikatakan Tok adalah panggilan orang lama atau yang diangkat oleh anak murid sebagai tenaga pengajar yang amat pengaruh dalam pertubuhan itu. Mahaguru adalah singkatan kepada mahal ilmu guru itu seerti dengan mahaguru. Begitulah dikatakan sebagai gelaran Datok Mahaguru sesutu pertubuhan silat. Walau apapun pesan untuk diri ini yang penting niat. Niat baik InsyAllah Allah akan bantu tetapi sesama lah kita jaga dan berdoa kepda Allah pelihara hati diri ini. Salam perguruan yang membaca semoga penerang ini dapat membina kekawan kita untuk bersama bersatunya Melayu dari sibuk untuk membincang yang bukan-bukan . Selamat semua Assalammualaikum yang membaca.....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan