Sabtu, 5 Januari 2013

SUASANA GELANGGANG KG. PASIR PUTIH KALUMPANG SELANGOR

Salam perguruan Pertubuhan Seni Silat Gayung Ghaib Serantau Malaysia telah semakin berkembang dengan bilangan ahli yang bertambah dan gelanggang banyak dibuka. Sehubungan itu Datok Mahaguru Mohd Azmir telah pergi membuat lawatan ke Gelanggang Kg. Pasir Putih Kalumpang Selangor iaitu Ibu Gelanggang PSSGGSM bagi negeri Selangor dan Kuala Lumpur. Keadaan suasana dan pasarana diusahakan oleh anak-anak murid di gelanggang tersebut kerana ingin mengekalkan budaya dan warisan seperti dahulu kala. Ketua Jurulatih Kanan Cikgu Hasnol telah bergiat berusaha menambahkan bilangan ahli. Setakat ini bilangan ahli yang tercapai adalah seramai 50 orang ahli. Golongan ahli pesilat adalah terdiri daripada bapa-bapa yang berumur 30 tahun hingga 40 tahun. Selain itu, terdapat juga kalangan anak murid dari sekolah menengah dan rendah. Kaum wanita juga terlibat bagi memberikan kaum wanita bersilat bersama.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan