Salam perguruan syukur kepada Allah s.w.t perkembangan Pertubuhan Seni Silat Gayung Ghaib Serantau Malaysia semakin bertambah maju dengan 300 orang ahli PSSGGSM hadir mempersembahkan seni silat di Proton City. Persembahan seni silat ini dilakukan di sebelah tasik Proton City yang sungguh cantik permadangannya di waktu malam. Oleh kerana Gelanggang Pusat yang berhampiran dengan Masjid Proton City tidak dapat menampung kuantiti ahli yang begitu ramai maka persembahan tersebut dilakukan di sebelah tasik Proton City. Alhamdulillah kehadiran penonton seramai 1000 orang yang terdiri daripada ibu bapa dan penduduk proton City yang datang daripada warganegara dan bangsa asing daripada Bangladesh, Pakistan, Kemboja dan Nepal. Warga asing ini turut serta hadir melihat warisan negara yang sudah jarang ditonton oleh masyarakat kita ini. Ahli pesilat yang melakukan persembahan adalah dari 6 gelanggang PSSGGSM yang sangat memberikan komitmen yang baik. Antara gelanggang tersebut ialah Gelanggang Pusat PSSGGSM, Gelanggang Sek. Keb. Tanjong Malim, Gelanggang Behrang 2020, Gelanggang Felda Sg. Behrang, Gelanggang Behrang Stesen, Gelanggang Maahad Tahfiz dan Ibu Gelanggang Selangor Kg. Pasir Putih Kalumpang. Tahniah kepada semua Tuan Guru dan Jurulatih Kanan yang sangat baik dan cemerlang dalam memberikan sokongan dalam menjayakan persembahan tersebut. Ucapan tahniah juga kepada Datok Mahaguru kerana kepimpinan beliau telah banyak memberikan kata--kata semangat agar mereka lebih berdaya maju. Ucapan cemerlang juga kepada Ibunda Seri Diraja kerana sudi mempersembahkan Gerak Silat kepada tontonan ramai yang begitu indah pergerakannya dan memberi tamparan hebat kepada anak buah yang mahu menjadi beliau contoh idola. Terima kasih juga kepada Tuan Guru Julias dan pesilat daripada Persatuan Seni Silat Gayung Ghaib Negeri Perak keran sudi datang meriahkan majlis. Ucapan terima kasih juga Tanjong Malim Kini, Kosmo dan Cikgu Haryadi daripada PBSM. Terima kasih juga kepada Tuan Guru Shamsul Abdul Manap, Pengerusi KRT En. Nazri, Ustaz Suhaili Imam Besar Masjid PC. Tahniah kepada PSSGGSM kerana berjaya mempersembahkan seni silat ini dengan jayanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan