Program persembahan silat yang bakal dilakukan oleh PSSGSSM bakal akan berlaku bila-bila masa sahaja. Persiapan kawasan tempat diusahakan oleh jurulatih - jurulatih kanan ,segala perancangan disusun agar setiap perancangan dapat dijalankan dengan lancar. Syukur kepada Allah s.w.t keadaan cuaca yang baik dan persiapan majlis telah disusun dengan baik. Majlis akan bermula pada pukul 9.00 malam bersamaan 26 Januari 2013 di kawasan lapang Proton City berhampiran dengan tasik yang sungguh cantik permandangannya di sebelah malam. Jangkaan ahli pesilat daripada Pertubuhan Seni Silat Gayung Ghaib Serantau Malaysia ialah 300 orang ahli dari 6 buah gelanggang silat. Kemungkinan kehadiran penonton adalah seramai 1000 orang. Maka persiapan yang rapi perlu kerana bagi melancarkan program tersebut. Semoga Allah memberkati program yang kami lakukan setahun sekali bagi mentarbatkan semula warisan Melayu ini. Terima kasih Datok Mahaguru dan Ibunda Seri Diraja kerana sudi datang memantau perjalanan persiapan tersebut. semoga semangat kepimpinan yang ditunjukkan ini dapat menaikkan semangat anak murid agar lebih bersaing maju lagi bagi kejayaan PSSGGSSM.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan