Khamis, 30 Januari 2014

YM DATOK MAHAGURU MUDA SERANTAU MALAYSIA SEORANG AHLI PENGAKAP

Salam perguruan, sudah sekian lama YM Datok Mahaguru Muda tidak memakai pakaian penuh (Pengakap), kini beliau memakai semula kerana arahan kementerian dimana setiap cikgu perlu ada sepasang pakaian uniform pada hari Rabu. Semasa memakai baju tersebut teringat akan kenangan semasa aktif sebagai ahli pengakap di sekolah rendah iaitu memperolehi lencana Keris Gangsa, Perak dan Emas serta 6 lencana kepandaian. Apabila di sekolah menengah pula beliau mendapat lencana Usaha, Maju dan Jaya serta 6 lencana kepandaian. Selepas itu beliau menambahkan lagi kecekapan beliau dengan memperolehi 5 lencana tertinggi serta Rambu Kuning. Begitu indah saat itu bersama rakan-rakan beliau mengharungi ujian sebagai seorang pengakap. Kini beliau telah menjadi pendidik maka penglibatan sebagai ahli Pengakap diteruskan di tempat beliau mengajar sebagai seorang guru. Beliau merupakan salah seorang Pemimpin Pengakap Kanak-kanak di Sek. Keb. Tanjong Malim. Banyak pengalaman ditempohi oleh beliau dan telah sebati dengan ilmu Pengakap di dalam jiwa beliau. Kini beliau menurunkan ilmu tersebut kepada anak-anak muridnya pula.

Selasa, 21 Januari 2014

YM DATOK MAHAGURU MUDA BERSAMA DENGAN YM TIMBALAN MAHAGURU MUDA JULIAS DAN TUAN GURU UTAMA ZULHILMI

Salam perguruan, perguruan mengucapkan terima kasih kepada YM Timbalan Mahaguru Muda Julias dan Tuan Guru Utama Zulhilmi kerana sudi datang bersama dalam aktiviti latihan dan penamat silat di Ibu Gelanggang Selangor di Kampung Pasir Putih Kalumpang. Tahniah kepada Tuan Guru Utama Zulhilmi kerana pertauliahan sebagai Tuan Guru Utama bagi Persatuan Seni Silat Gayung Ghaib Serantau Malaysia. Majlis pertauliahan akan dilakukan dengan ujian yang selayaknya. Gayung Ghaib telah bersatu membentuk semula wardah ilmu. Bagi meneruskan warisan Melayu ini, Gayung Ghaib merupakan amanah yang perlu dipertahankan. Biar orang berkata tidak handal, tetapi ilmu dan amanah harus diteruskan selagi mampu.



PELAJAR PERTAMA BUKAN ISLAM BELAJAR SILAT GAYUNG GHAIB SERANTAU MALAYSIA

Salam perguruan, pihak perguruan berasa bersyukur kepada Allah s.w.t kerana menghadirkan seorang hambanya yang bukan beragama Islam untuk mempelajari ilmu persilatan Gayung Ghaib Serantau Malaysia. Nama beliau ialah Jevan Nelson a/l Varatharajoo yang berdiri sebelah kiri YM Datok Mahaguru Muda Serantau Malaysia. Beliau merupakan seorang yang beragama Hindu, dimana ayahnya adalah beragama Hindu dan ibunya beragama Kristian kacukan Sarawak. Beliau kini menetap di Skudai Johor dan berkerja di Maybank. Beliau berasa berminat mempelajari silat setelah mendapat petunjuk melalui mimpi. Melalui cerita beliau, dalam mimpi tersebut beliau berjumpa dengan YM Datok Mahaguru Muda yang berpakaian silat serba merah dan berdiri belakang pula adalah Laksamana Hang Tuah. Beliau mendapat gerak hati yang baik untuk menuntut ilmu silat ini dengan YM Datok Mahaguru Muda. Tanpa membuang masa dan dengan minat yang mendalam dalam ilmu silat beliau teruskan langkah mencari ilmu silat ini dari Johor ke Perak untuk bertemu dengan YM Datok Mahaguru Muda. Kini beliau telah menjadi ahli silat Gayung Ghaib Serantau Malaysia. Semoga pihak perguruan dapat membentuk beliau mengenal Islam dan mendapat hidayah dari Allah.

Jumaat, 17 Januari 2014

SEPASANG PERSALINAN BAJU SILAT PERTANDINGAN KARAOKE MAJLIS HARI KELUARGA PSSGGSM

Tahniah kepada Cikgu Muda Iskandar, Mashitah dan anak perempuan Cikgu Sham kerana memperolehi sepasang pakaian silat sempena pertandingan karaoke di Majlis Hari Keluarga PSSGGSM.


Khamis, 16 Januari 2014

MAJLIS PENAMAT SILAT DI TAMAN BEHRANG STESEN

Salam perguruan pada 11 Januari 2014 satu majlis penamat peringkat silat di Taman Behrang Stesen iaitu di bawah pimpinan Tuan Gurulatih Utama Ustaz Helimi. Tahniah kepada anak-anak kecil yang berjaya mempamerkan seni mempertahankan diri yang membanggakan. Teruskan usaha mertabat warisan ini supaya tidak dilupakan.