DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG, DAN SEDIAKANLAH UNTUK MENENTANG MEREKA (MUSUH YANG MENCEROBOH) SEGALA JENIS KEKUATAN YANG DAPAT KAMU SEDIAKAN DAN DARIPADA PASUKAN-PASUKAN BERKUDA YANG LENGKAP BERSEDIA (surah al-Anfal ayat 60)
SEJARAH PERTUBUHAN AKADEMI LANGKAH MELAYU SILAT GAYUNG SERANTAU MALAYSIA TELAH DIASASKAN OLEH YM DATOK MAHAGURU SERANTAU LAKSAMANA MERAH PANGLIMA BUKIT GANTANG AYAHANDA HJ MOHD AZMIR BIN HJ MOHD KHALID AMN, PJK @ TENGKU AHMAD AZMIR SHAH KETURUNAN DARIPADA DATO' SAGOR PEMBESAR PERAK BERSAMA DATO' MAHARAJALELA MENENTANG PENJAJAH INGGERIS J.W.W BIRCH DI PASIR SALAK PERAK. BELIAU TELAH DIKURNIAKAN PINGAT AMN (AHLI MAJLIS NEGARA) DAN PJK (PINGAT JASA KEBAKTIAN) OLEH KESULTANAN SULU FILIPINA. BELIAU TELAH DIBERIKAN GELARAN GRAND MASTER TELAH DIBERIKAN OLEH WORLD JU-JITSU ALLIANCE OLEH MASTER LUCA NARDUCCI DARI ENGLAND. BELIAU JUGA MENERIMA ANUGERAH SANDANG KEHORMAT MAHKOTA PELANGI DARIPADA DATO' SERI PANGLIMA DR. MUHAMAD FAIRUS DARIPADA GAYONG NUSANTARA. SETELAH ITU BELIAU JUGA TELAH DIANUGERAHKAN GELARAN DATOK MAHAGURU OLEH PENDEKAR NEGARA MALAYSIA TAN SRI DATUK WIRA OMARDIN MAUJU YANG MEMBAWA GELARAN DATOK MAHAGURU. SELAIN ITU, GURU TUA UTAMA PAK GURU ABD RAZAK TELAH MEWARISKAN GELARAN DATOK PANGLIMA BUKIT GANTANG DARIPADA KETURUNAN ISTERINYA KEPADA BELIAU. MANAKALA ISTERINYA IBUNDA SERI DIRAJA HJH SYAZLEENA YAHYA @ TENGKU AMPUAN SYAZLEENA TELAH DIANUGERAHKAN GELARAN TIMBALAN MAHAGURU SERIKANDI DAN SERIKANDI MAK INTAN. MASA TERUS BERLALU BELIAU TELAH DIKURNIAKAN PULA GELARAN DATOK LAKSAMANA MERAH DAN YM TENGKU AHMAD AZMIR SHAH MANAKALA ISTERINYA DIKURNIAKAN YM TENGKU AMPUAN HJH SYAZLEENA @ PUTERI SITI SIBUJUR SIRIH. GELARAN YANG DITERIMA OLEH BELIAU TELAH MENGEMBALIKAN DARJAH KEBESARAN YANG TELAH LAMA DILUPAKAN OLEH KETURUNANNYA SEBELAH IBU BELIAU DARIPADA KETURUNAN KERABAT DIRAJA PAGARUYUNG .BELIAU BERSAMA BARISAN ANAK MURID TELAH BERJAYA MENGEMBANGKAN NAMA SENI SILAT INI DALAM MALAYSIA DAN DI BENUA EROPAH. BANYAK DUGAAN DAN UJIAN HARUS DILALUI DALAM MENGEMBANGKAN SENI MELAYU INI. SEHUBUNGAN ITU DAKWAH ISLAM TELAH MENJADI KEUTAMAAN DALAM PERJUANGAN BELIAU. ASAL USUL SENI SILAT GAYUNG GHAIB IALAH SENI SILAT SIDAYUNG GHAIB. DI MANA SEORANG GURU PERGI BERTAPA KE PULAU SEMBILAN DARI INDERA SAKTI DENGAN MENAIKI SAMPAN. OLEH KERANA SEMASA PENDAFTARAN PERTUBUHAN PENGGUNAAN PERKATAAN SI MEMBAWA MAKNA MATI DALAM BAHASA CINA MAKA DITUKARKAN KEPADA PERKATAAN GAYUNG ASAL PERKATAAN ORANG PERAK BERMAKNA SILAT. Datok Laksamana Merah - Hikayat Sultan Mudzaffar Shah 1 dan Tengku Ahmad-Baginda Sultan Daeng Merpati Dihujung Tanduk

MAKLUMAN :

Pendaftaran ahli baru bagi sesi 2017 dibuka sekarang bagi sesiapa yang berminat belajar ilmu silat Gayung Ghaib Serantau. Sila hubungi pihak pengurusan silat ini.

Ahad, 9 Oktober 2011

PENTAULIAHAN GURU UTAMA SENI SILAT GAYUNG GHAIB KELAB ANAK GAYUNG GHAIB MALAYSIA









Syukur kepada Allah S.W.T, Tuan Guru Mohd Azmir dan Tuan Guru Shamsudin telah ditauliahkan sebagai Guru Utama oleh Tuan Guru Musa Bin Mohd Ali (Mahaguru Seni Silat Gayung Ghaib) dan Tuan Guru Wahab. Selama 10 tahun menuntut ilmu Seni Silat Gayung Ghaib dibawah tunjuk ajar Tuan Guru A. Hamid di Ibu Gelanggang Kg. Jelutong Ayer Tawar Perak, Tuan Guru Mohd Azmir telah banyak mendapat tunjuk ajar yang berguna. Bermulanya pada tahun 2000 adalah saat bermulanya beliau menuntut ilmu silat ini. Pelbagai ujian dan dugaan ditempuhi sebagai seorang pesilat bagi mengembangkan warisan Melayu ini. Setelah menuntut ilmu silat pelbagai pencapaian yang telah dicapai oleh beliau. Bermula dilantik sebagai Jurulatih, beliau melangkah dengan tugas yang diberi untuk menyampaikan ilmu silat ini. Selepas sekian lama itu, beliau telah dilantik pula sebagai Gurulatih Utama oleh Tuan Guru A.Hamid di Ibu Gelanggang PSSGGNP. Pada saat itu juga beliau juga pernah diberikan amanah sebagai Setiausaha Agong PSSGGNP. Pelbagai aktiviti telah dijalankan seperti penamat silat, pertandingan silat dan kursus kejurulatihan. Perjuangan beliau telah diteruskan lagi dengan perlantikan sebagai Timbalan Guru Utama 2 PSSGGNP. Sepanjang beliau memegang jawatan tersebut pelbagai pencapaian telah dicapai seperti mendapat gelaran Panglima Putih setelah menamatkan peringkat ke 18. Selepas itu pencapaian dianugerahkan lagi kepada beliau dengan pentauliahan sebagai Ayahanda Panglima Putih. Masa terus berlalu beliau meneruskan lagi perjuangan dengan membuka gelanggang silat di Tanjong Malim Perak. Beliau berhijrah ke Tanjong Malim kerana atas tugas sebagai seorang guru di Sekolah Kebangsaan Tanjong Malim. Dengan rahmat Allah S.W.T anak murid beliau semakin bertambah. Sepanjang perjalanan hidup beliau sebagai guru silat, pelbagai ujian telah dilalui oleh beliau dalam mengembangkan ilmu silat ini. Semangat beliau tidak pernah padam, perjuangan beliau dalam seni silat diteruskan. Pada tahun 2011 adalah saat yang duka dan manis bagi beliau, di mana satu pencapaian telah dicapai iaitu menubuhkan Kelab Anak Gayung Ghaib Malaysia. Beliau dan sahabatnya iaitu Tuan Guru Shamsudin telah mengarak satu langkah lagi ke depan dengan mengadakan banyak lagi aktiviti silat di bawah kelab tersebut. Setelah pelbagai pencapaian yang telah diterima, pada 8 Oktober 2011 beliau telah diijazahkan sebagai Guru Utama bersama Tuan Guru Shamsudin oleh Mahaguru Seni Silat Gayung Ghaib iaitu Tuan Guru Musa Bin Mohd Ali. Kemudian majlis pengijazahan sebagai Guru Utama diteruskan lagi di hadapan Tuan Guru Wahab sebagai pemegang amanah Seni Silat Gayung Ghaib pada 9 Oktober 2011. Pesanan daripada Tok Guru jangan takbur dan jalankan amanah dengan jujur serta jaga hubungan dengan Allah S.W.T.