DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG, DAN SEDIAKANLAH UNTUK MENENTANG MEREKA (MUSUH YANG MENCEROBOH) SEGALA JENIS KEKUATAN YANG DAPAT KAMU SEDIAKAN DAN DARIPADA PASUKAN-PASUKAN BERKUDA YANG LENGKAP BERSEDIA (surah al-Anfal ayat 60)
SEJARAH PERTUBUHAN AKADEMI LANGKAH MELAYU SILAT GAYUNG SERANTAU MALAYSIA TELAH DIASASKAN OLEH YM DATOK MAHAGURU SERANTAU LAKSAMANA MERAH PANGLIMA BUKIT GANTANG AYAHANDA HJ MOHD AZMIR BIN HJ MOHD KHALID AMN, PJK @ TENGKU AHMAD AZMIR SHAH KETURUNAN DARIPADA DATO' SAGOR PEMBESAR PERAK BERSAMA DATO' MAHARAJALELA MENENTANG PENJAJAH INGGERIS J.W.W BIRCH DI PASIR SALAK PERAK. BELIAU TELAH DIKURNIAKAN PINGAT AMN (AHLI MAJLIS NEGARA) DAN PJK (PINGAT JASA KEBAKTIAN) OLEH KESULTANAN SULU FILIPINA. BELIAU TELAH DIBERIKAN GELARAN GRAND MASTER TELAH DIBERIKAN OLEH WORLD JU-JITSU ALLIANCE OLEH MASTER LUCA NARDUCCI DARI ENGLAND. BELIAU JUGA MENERIMA ANUGERAH SANDANG KEHORMAT MAHKOTA PELANGI DARIPADA DATO' SERI PANGLIMA DR. MUHAMAD FAIRUS DARIPADA GAYONG NUSANTARA. SETELAH ITU BELIAU JUGA TELAH DIANUGERAHKAN GELARAN DATOK MAHAGURU OLEH PENDEKAR NEGARA MALAYSIA TAN SRI DATUK WIRA OMARDIN MAUJU YANG MEMBAWA GELARAN DATOK MAHAGURU. SELAIN ITU, GURU TUA UTAMA PAK GURU ABD RAZAK TELAH MEWARISKAN GELARAN DATOK PANGLIMA BUKIT GANTANG DARIPADA KETURUNAN ISTERINYA KEPADA BELIAU. MANAKALA ISTERINYA IBUNDA SERI DIRAJA HJH SYAZLEENA YAHYA @ TENGKU AMPUAN SYAZLEENA TELAH DIANUGERAHKAN GELARAN TIMBALAN MAHAGURU SERIKANDI DAN SERIKANDI MAK INTAN. MASA TERUS BERLALU BELIAU TELAH DIKURNIAKAN PULA GELARAN DATOK LAKSAMANA MERAH DAN YM TENGKU AHMAD AZMIR SHAH MANAKALA ISTERINYA DIKURNIAKAN YM TENGKU AMPUAN HJH SYAZLEENA @ PUTERI SITI SIBUJUR SIRIH. GELARAN YANG DITERIMA OLEH BELIAU TELAH MENGEMBALIKAN DARJAH KEBESARAN YANG TELAH LAMA DILUPAKAN OLEH KETURUNANNYA SEBELAH IBU BELIAU DARIPADA KETURUNAN KERABAT DIRAJA PAGARUYUNG .BELIAU BERSAMA BARISAN ANAK MURID TELAH BERJAYA MENGEMBANGKAN NAMA SENI SILAT INI DALAM MALAYSIA DAN DI BENUA EROPAH. BANYAK DUGAAN DAN UJIAN HARUS DILALUI DALAM MENGEMBANGKAN SENI MELAYU INI. SEHUBUNGAN ITU DAKWAH ISLAM TELAH MENJADI KEUTAMAAN DALAM PERJUANGAN BELIAU. ASAL USUL SENI SILAT GAYUNG GHAIB IALAH SENI SILAT SIDAYUNG GHAIB. DI MANA SEORANG GURU PERGI BERTAPA KE PULAU SEMBILAN DARI INDERA SAKTI DENGAN MENAIKI SAMPAN. OLEH KERANA SEMASA PENDAFTARAN PERTUBUHAN PENGGUNAAN PERKATAAN SI MEMBAWA MAKNA MATI DALAM BAHASA CINA MAKA DITUKARKAN KEPADA PERKATAAN GAYUNG ASAL PERKATAAN ORANG PERAK BERMAKNA SILAT. Datok Laksamana Merah - Hikayat Sultan Mudzaffar Shah 1 dan Tengku Ahmad-Baginda Sultan Daeng Merpati Dihujung Tanduk

MAKLUMAN :

Pendaftaran ahli baru bagi sesi 2017 dibuka sekarang bagi sesiapa yang berminat belajar ilmu silat Gayung Ghaib Serantau. Sila hubungi pihak pengurusan silat ini.

Rabu, 24 Oktober 2012

PERJUANGAN SEORANG GURU SILAT

Salam perguruan cerita bermula apabila seorang guru muda ini mula memperjuangkan ilmu persilatan adalah kerana semangat juangnya yang tak pernah tahu erti penat atau mengalah dalam perjuangannya. Darah yang mengalir ke dalam tubuh seorang guru muda ini adalah merupakan darah pendekar dan pejuang bangsa maka semangat juang yang ditunjukkan merupakan kesinambungan daripada datuk nenek moyangnya. Mulut mula berkata silat tidak penting lagi pada abad ini tetapi guru muda ini tidak pernah menjadi kata-kata itu penghalang dalam perjuangannya untuk memertabatkan seni silat ini. Sepanjang kehidupannya memperjuangkan silat ini bermacam dugaan ditempuhi oleh guru muda ini. Setiap langkah ada sahaja penghalangnya, tetapi guru muda ini menganggapkan itu hanya asam garam dalam perjuangan. Silat telah bersemadi di dalam hidup guru muda ini sejak di bangku sekolah lagi. Bermula dari belajar silat dengan pak cik saudaranya dan pernah berguru dengan Tuan Guru Amin Hamzah dari Perguruan Seni Silat Gayung Malaysia kini beliau mengorak langkah dan terus melangkah setelah mendapat tunjuk ajar daripada Tuan Guru Utama A. Hamid Desa daripada Persatuan Seni Silat Gayung Ghaib Negeri Perak pula. Setelah itu guru muda ini meneruskan pengajian dengan bekas Datuk Mahaguru Allahyarham Cikgu Musa Mohd Ali dan bekas Datuk Timbalan Mahaguru Wahab Mutalib yang merupakan pemegang amanah Seni Silat Gayung Ghaib. Semasa pembelajaran silat itu guru muda ini telah ditauliahkan oleh Allahyarham Cikgu Musa sebagai Guru Utama Seni Silat Gayung Ghaib. Setelah hampir 12 tahun menuntut ilmu Seni Silat Gayung Ghaib dan telah mencapai kemajuan di dalam perguruan ini, akhirnya guru muda ini telah diamanahkan sebagai Datuk Timbalan Mahaguru memegang Selempang Datuk Panglima Garang sebagai pemegang amanah yang baru bagi memikul tanggungjawab untuk mengembangkan ilmu persilatan Seni Silat Gayung Ghaib ini di seluruh Malaysia. Semangat untuk menambah ilmu dan pengalaman dalam ilmu silat guru muda ini telah pergi merantau menambahkan lagi ilmu pengetahuan daripada beberapa orang guru yang tidak suka menonjolkan diri daripada aliran Seni Silat Sendeng dan beberapa Seni Silat Tua. Sehubungan dengan itu, guru muda ini juga telah melahirkan ramai jurulatih-jurulatih yang banyak memberikan sokongan bagi membantu guru muda ini mengembangkan ilmu silat ini di sekitar kawasan Tanjong Malim Perak. Pengalaman sepanjang kehidupan sebagai seorang pesilat beliau pernah di duga oleh seorang samseng yang cuba mencederakan guru muda ini. Dalam peristiwa tersebut beliau baru berumur 13 tahun semasa itu telah di serang oleh seorang samseng jalanan semasa perjalanan pergi belajar silat. Syukur kepada Allah s.w.t guru muda ini berjaya menakutkan samseng tersebut hanya dengan satu cekak ke leher membuatkan samseng tersebut berundur. Selain itu, guru muda ini juga pernah didatangi oleh beberapa orang yang cuba menguji beliau tetapi dengan izin Allah s.w.t perkara itu tidak berlaku kerana ilmu gerun yang digunakan membuatkan orang tersebut berundur. Sesungguhnya ilmu itu datang dari Allah maka guru muda ini hanya berserah kepadaNya memohon pertolongan dan tiada apa ada pada guru muda ini hanya keyakinan kepada Allah s.w.t sahaja. Dalam perjuangan guru muda ini dalam ilmu persilatan beliau telah melahirkan dan mengasaskan seni gerakan silat yang baru dalam Perguruan Seni Silat Gayung Ghaib ini. Oleh itu, guru muda ini telah mengasaskan satu aliran baru dalam ilmu persilatan ini yang membawa nama iaitu Gerakan Seni Silat Panglima Garang. Guru muda ini juga telah mengasaskan satu perguruan yang bernafas baru yang dikenali Pertubuhan Seni Silat Gayung Ghaib Serantau Malaysia. Sehubungan itu, guru muda ini meneruskan langkah perjuangannya dengan mengajar Gerakan Seni Silat Panglima Garang ini kepada anak murid beliau. Ilham Gerakan Seni Silat Panglima Garang telah didapati oleh beliau ketika guru muda ini sedang berlatih silat di Gelanggang Proton City telah didatangi semangat juang keturunan beliau sendiri dan telah mengilhamkan gerakan itu sebagai Gerakan Seni Silat Panglima Garang. Guru muda ini juga mempunyai salasilah keturunan daripada pejuang iaitu merupakan keturunan daripada Dato' Sagor sebelah ayah beliau yang merupakan pembesar Negeri Perak yang terlibat dalam Perjanjian Pangkor. Dato' Sagor dan Datok Maharajalela telah menentang pihak British untuk menuntut hak orang Melayu dan Islam ketika itu. Dalam perjuangan Dato' Sagor dan Datuk Maharajalela telah berlaku pembunuhan J.W.W Birch di Pasir Salak. Selain itu, guru muda ini juga merupakan keturunan Raja Minangkabau dari Pagaruyung sebelah ibu beliau. Cerita ini bermula daripada Raja Melewar yang merupakan Raja Minangkabau masa itu dan telah berpindah kuasa pemerintahan kepada Raja Hitam dan seterusnya Raja Lenggang. Haji Alias Bin Ibrahim nama sebenarnya Raja Adam merupakan anak sulung daripada tujuh adik beradik telah membawa diri ke Tanah Semenanjung dan telah menetap di Negeri Perak. Selain itu, tiga orang adik beradik beliau telah berhijrah ke Negeri Sembilan dan salah seorangnya telah ditabal sebagai raja di negeri tersebut. Setelah itu, tiga orang adik beradik beliau lagi masih menetap di Istana Pagaruyung. Selepas itu, Haji Alias (Raja Adam) membawa diri ke Tanah Semenanjung kerana merajuk di atas pertabalan adik beliau sebagai pemerintah yang baru di Pagaruyung selepas beliau balik dari menunaikan Haji dari Mekah. Beliau membawa diri ke Tanah Semenanjung dan melepaskan segala kebesarannya kerana tidak mahu berlaku pertumpahan darah ketika itu. Setelah sekian lama menetap di Negeri Batu 8 Lekir, Perak beliau telah dijemput kembali semula oleh orang istana ke Pagaruyung tetapi beliau menolak tidak mahu kembali ke sana. Maka Haji Alis (Raja Adam) terus menetap di Lekir, Perak bersama keluarga beliau sehingga akhir hayat beliau. Berhubung dengan itu lahirnya guru muda ini yang bernama Mohd Azmir yang merupakan keturunan ke tujuh telah mewarisi semangat juang keturunannya bagi meneruskan warisan Melayu ini selagi termampu. Oleh yang demikian, sokongan daripada keluarga terutamanya isteri beliau iaitu Ibunda Seri Diraja Syazleena dan anak-anak serta ibu bapa beliau telah membangkitkan lagi semangat beliau untuk terus berjuang mengembangkan silat ini. Syukur kepada Allah s.w.t guru muda ini telah mempunyai tujuh buah gelanggang silat dan seramai 500 orang ahli yang pernah menuntut dengan beliau. Semoga perjuangan beliau ini diredai oleh Allah s.w.t dan membawa keberkatan sehingga akhirat kelak.

Sabtu, 20 Oktober 2012

MAJLIS PEMBUKAAN GELANGGANG SILAT FELDA SG. BEHRANG

Alhamdulillah syukur kepada Allah s.w.t atas kuasaNya dan rahmatNya sebuah lagi gelanggang silat telah dibuka iaitu di Felda Sg. Behrang. Semangat yang telah diberikan kepada 2 orang sahabat iaitu Cikgu Syafiq dan Cikgu Aziz maka terlaksana juga impian Datuk Mahaguru untuk mengembangkan lagi ilmu Silat Gayung Ghaib ini. Selain itu, hasrat ingin untuk memelihara bangsa Melayu dan mengajak remaja zaman sekarang ke arah perkara baik harap dapat dilakukan dengan baiknya. Majlis dimulakan dengan ucapan daripada Datuk Mahaguru selaku pemegang amanah Seni Silat Gayung Ghaib dan seterusnya sesi bacaan doa buka gelanggang bagi memohon kepada Allah s.w.t bagi keselamatan dan kesejahteraan ke atas gelanggang sepanjang latihan dilakukan di situ. Selepas itu sesi Datuk Mahaguru membantu Cikgu Syafiq dan Cikgu Aziz mengajar silat. Ucapan terima kasih ditujukan kepada Ibu Cikgu Syafiq kerana sudi menerima kami dan menjamukan kami santapan makanan yang enak. Kehadiran ahli baru adalah seramai hampir 30 orang.

Ahad, 14 Oktober 2012

PERSEMBAHAN SENI SILAT DI STADIUM PROTON

Salam perguruan syukur kepada Allah s.w.t persembahan seni silat di Stadium Proton selamat dijalankan dengan jayanya. Majlis dirasmikan oleh YB Dato' Seri Ong Ka Chuan Ahli Parlimen Tanjong Malim. Seramai 60 orang ahli pesilat terdiri daripada Gelanggang Proton City dan SKTM di bawah pimpinan tunjuk ajar Datuk Mahaguru Mohd Azmir. Salam penghargaan kepada semua pesilat daripada Gelanggang Proton City serta Majlis Tertinggi Pertubuhan Seni Silat Gayung Ghaib Serantau Malaysia di bawah pimpinan Datuk Mahaguru kerana berjaya merealisasikan persembahan ini. Persembahan seni silat yang ditontonkan ialah seni permainan, tempur tangan kosong, tempur bersenjata, memecahkan blok simen, pukulan tukul besi ke perut, memecahkan kelapa dengan tangan, libasan batang tebu ke badan, membengkokkan batang besi ke leher dan lompatan api. Terima kasih kepada Ayahanda Zain kerana sudi datang memberikan semangat dan tunjuk ajar. Semoga kebangkitan Silat Gayung Ghaib di bawah pimpinan Datuk Mahaguru dapat membawa perubahan era yang baru serta boleh diterima oleh lapisan masyarakat bagi memertabatkan warisan Melayu ini.