DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG, DAN SEDIAKANLAH UNTUK MENENTANG MEREKA (MUSUH YANG MENCEROBOH) SEGALA JENIS KEKUATAN YANG DAPAT KAMU SEDIAKAN DAN DARIPADA PASUKAN-PASUKAN BERKUDA YANG LENGKAP BERSEDIA (surah al-Anfal ayat 60)
SEJARAH PERTUBUHAN AKADEMI LANGKAH MELAYU SILAT GAYUNG SERANTAU MALAYSIA TELAH DIASASKAN OLEH YM DATOK MAHAGURU SERANTAU LAKSAMANA MERAH PANGLIMA BUKIT GANTANG AYAHANDA HJ MOHD AZMIR BIN HJ MOHD KHALID AMN, PJK @ TENGKU AHMAD AZMIR SHAH KETURUNAN DARIPADA DATO' SAGOR PEMBESAR PERAK BERSAMA DATO' MAHARAJALELA MENENTANG PENJAJAH INGGERIS J.W.W BIRCH DI PASIR SALAK PERAK. BELIAU TELAH DIKURNIAKAN PINGAT AMN (AHLI MAJLIS NEGARA) DAN PJK (PINGAT JASA KEBAKTIAN) OLEH KESULTANAN SULU FILIPINA. BELIAU TELAH DIBERIKAN GELARAN GRAND MASTER TELAH DIBERIKAN OLEH WORLD JU-JITSU ALLIANCE OLEH MASTER LUCA NARDUCCI DARI ENGLAND. BELIAU JUGA MENERIMA ANUGERAH SANDANG KEHORMAT MAHKOTA PELANGI DARIPADA DATO' SERI PANGLIMA DR. MUHAMAD FAIRUS DARIPADA GAYONG NUSANTARA. SETELAH ITU BELIAU JUGA TELAH DIANUGERAHKAN GELARAN DATOK MAHAGURU OLEH PENDEKAR NEGARA MALAYSIA TAN SRI DATUK WIRA OMARDIN MAUJU YANG MEMBAWA GELARAN DATOK MAHAGURU. SELAIN ITU, GURU TUA UTAMA PAK GURU ABD RAZAK TELAH MEWARISKAN GELARAN DATOK PANGLIMA BUKIT GANTANG DARIPADA KETURUNAN ISTERINYA KEPADA BELIAU. MANAKALA ISTERINYA IBUNDA SERI DIRAJA HJH SYAZLEENA YAHYA @ TENGKU AMPUAN SYAZLEENA TELAH DIANUGERAHKAN GELARAN TIMBALAN MAHAGURU SERIKANDI DAN SERIKANDI MAK INTAN. MASA TERUS BERLALU BELIAU TELAH DIKURNIAKAN PULA GELARAN DATOK LAKSAMANA MERAH DAN YM TENGKU AHMAD AZMIR SHAH MANAKALA ISTERINYA DIKURNIAKAN YM TENGKU AMPUAN HJH SYAZLEENA @ PUTERI SITI SIBUJUR SIRIH. GELARAN YANG DITERIMA OLEH BELIAU TELAH MENGEMBALIKAN DARJAH KEBESARAN YANG TELAH LAMA DILUPAKAN OLEH KETURUNANNYA SEBELAH IBU BELIAU DARIPADA KETURUNAN KERABAT DIRAJA PAGARUYUNG .BELIAU BERSAMA BARISAN ANAK MURID TELAH BERJAYA MENGEMBANGKAN NAMA SENI SILAT INI DALAM MALAYSIA DAN DI BENUA EROPAH. BANYAK DUGAAN DAN UJIAN HARUS DILALUI DALAM MENGEMBANGKAN SENI MELAYU INI. SEHUBUNGAN ITU DAKWAH ISLAM TELAH MENJADI KEUTAMAAN DALAM PERJUANGAN BELIAU. ASAL USUL SENI SILAT GAYUNG GHAIB IALAH SENI SILAT SIDAYUNG GHAIB. DI MANA SEORANG GURU PERGI BERTAPA KE PULAU SEMBILAN DARI INDERA SAKTI DENGAN MENAIKI SAMPAN. OLEH KERANA SEMASA PENDAFTARAN PERTUBUHAN PENGGUNAAN PERKATAAN SI MEMBAWA MAKNA MATI DALAM BAHASA CINA MAKA DITUKARKAN KEPADA PERKATAAN GAYUNG ASAL PERKATAAN ORANG PERAK BERMAKNA SILAT. Datok Laksamana Merah - Hikayat Sultan Mudzaffar Shah 1 dan Tengku Ahmad-Baginda Sultan Daeng Merpati Dihujung Tanduk

MAKLUMAN :

Pendaftaran ahli baru bagi sesi 2017 dibuka sekarang bagi sesiapa yang berminat belajar ilmu silat Gayung Ghaib Serantau. Sila hubungi pihak pengurusan silat ini.

Khamis, 31 Januari 2013

LANGKAH AWAL MELALUI RUNDINGAN PEMBUKAAN GELANGGANG SILAT

Salam perguruan, kini Pertubuhan Seni Silat Gayung Ghaib Serantau Malaysia mula mengorak langkah untuk membuka lagi satu cawangan di kawasan Negeri Selangor iaitu di Taman Bernam Jaya bersama kawasan Ulu Bernam. Melalui perbincangan antara Ketua Pemuda Belia Bernam Jaya dan Ulu Bernam telah menarik minat mereka untuk membuka gelanggang silat. Terima kasih kepada Abang Hanif Khan kerana sudi mengundang kami untuk berbincang bagi mewujudkan aktiviti sihat bagi belia di kawasan tersebut. Ucapan dan penerangan daripada Mahaguru telah membawa satu suntikan semangat dan minat dikalangan belia di situ. Semoga usaha yang dilakukan dapat lagi memperluaskan pengaruh Gayung Ghaib Serantau di sekitar Selangor.

WAJAH BARU GELANGGANG PUSAT PSSGGSM DAN SUMBANGAN DARIPADA PENGERUSI KRT

Alhamdulillah syukur kepada Allah s.w.t berkat doa sekalian guru-guru serta anak murid Gelanggang Pusat PSSGGSM kini berwajah baru di mana pihak pentadbiran melakukan gotong royong bagi mengindahkan gelanggang silat tersebut. Sehubungan itu, pihak pertubuhan berasa bangga dan mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhinggan di atas sokongan yang diberikan pleh pihak KRT Proton City. En. Nazri selaku Pengerusi KRT telah menyumbangkan dua set meja batu untuk kemudahan pesilat PSSGGSM Proton City. Pihak kami berharap dengan sumbangan dapat menaikkan lagi semangat kami untuk terus berjuang mertabatkan silat ini.

Ahad, 27 Januari 2013

PERSEMBAHAN SILAT 300 AHLI PSSGGSM MENCATAT SEJARAH PERTUBUHAN

Salam perguruan syukur kepada Allah s.w.t perkembangan Pertubuhan Seni Silat Gayung Ghaib Serantau Malaysia semakin bertambah maju dengan 300 orang ahli PSSGGSM hadir mempersembahkan seni silat di Proton City. Persembahan seni silat ini dilakukan di sebelah tasik Proton City yang sungguh cantik permadangannya di waktu malam. Oleh kerana Gelanggang Pusat yang berhampiran dengan Masjid Proton City tidak dapat menampung kuantiti ahli yang begitu ramai maka persembahan tersebut dilakukan di sebelah tasik Proton City. Alhamdulillah kehadiran penonton seramai 1000 orang yang terdiri daripada ibu bapa dan penduduk proton City yang datang daripada warganegara dan bangsa asing daripada Bangladesh, Pakistan, Kemboja dan Nepal. Warga asing ini turut serta hadir melihat warisan negara yang sudah jarang ditonton oleh masyarakat kita ini. Ahli pesilat yang melakukan persembahan adalah dari 6 gelanggang PSSGGSM yang sangat memberikan komitmen yang baik. Antara gelanggang tersebut ialah Gelanggang Pusat PSSGGSM, Gelanggang Sek. Keb. Tanjong Malim, Gelanggang Behrang 2020, Gelanggang Felda Sg. Behrang, Gelanggang Behrang Stesen, Gelanggang Maahad Tahfiz dan Ibu Gelanggang Selangor Kg. Pasir Putih Kalumpang. Tahniah kepada semua Tuan Guru dan Jurulatih Kanan yang sangat baik dan cemerlang dalam memberikan sokongan dalam menjayakan persembahan tersebut. Ucapan tahniah juga kepada Datok Mahaguru kerana kepimpinan beliau telah banyak memberikan kata--kata semangat agar mereka lebih berdaya maju. Ucapan cemerlang juga kepada Ibunda Seri Diraja kerana sudi mempersembahkan Gerak Silat kepada tontonan ramai yang begitu indah pergerakannya dan memberi tamparan hebat kepada anak buah yang mahu menjadi beliau contoh idola. Terima kasih juga kepada Tuan Guru Julias dan pesilat daripada Persatuan Seni Silat Gayung Ghaib Negeri Perak keran sudi datang meriahkan majlis. Ucapan terima kasih juga Tanjong Malim Kini, Kosmo dan Cikgu Haryadi daripada PBSM. Terima kasih juga kepada Tuan Guru Shamsul Abdul Manap, Pengerusi KRT En. Nazri, Ustaz Suhaili Imam Besar Masjid PC.   Tahniah kepada PSSGGSM kerana berjaya mempersembahkan seni silat ini dengan jayanya.