DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG, DAN SEDIAKANLAH UNTUK MENENTANG MEREKA (MUSUH YANG MENCEROBOH) SEGALA JENIS KEKUATAN YANG DAPAT KAMU SEDIAKAN DAN DARIPADA PASUKAN-PASUKAN BERKUDA YANG LENGKAP BERSEDIA (surah al-Anfal ayat 60)
SEJARAH PERTUBUHAN AKADEMI LANGKAH MELAYU SILAT GAYUNG SERANTAU MALAYSIA TELAH DIASASKAN OLEH YM DATOK MAHAGURU SERANTAU LAKSAMANA MERAH PANGLIMA BUKIT GANTANG AYAHANDA HJ MOHD AZMIR BIN HJ MOHD KHALID AMN, PJK @ TENGKU AHMAD AZMIR SHAH KETURUNAN DARIPADA DATO' SAGOR PEMBESAR PERAK BERSAMA DATO' MAHARAJALELA MENENTANG PENJAJAH INGGERIS J.W.W BIRCH DI PASIR SALAK PERAK. BELIAU TELAH DIKURNIAKAN PINGAT AMN (AHLI MAJLIS NEGARA) DAN PJK (PINGAT JASA KEBAKTIAN) OLEH KESULTANAN SULU FILIPINA. BELIAU TELAH DIBERIKAN GELARAN GRAND MASTER TELAH DIBERIKAN OLEH WORLD JU-JITSU ALLIANCE OLEH MASTER LUCA NARDUCCI DARI ENGLAND. BELIAU JUGA MENERIMA ANUGERAH SANDANG KEHORMAT MAHKOTA PELANGI DARIPADA DATO' SERI PANGLIMA DR. MUHAMAD FAIRUS DARIPADA GAYONG NUSANTARA. SETELAH ITU BELIAU JUGA TELAH DIANUGERAHKAN GELARAN DATOK MAHAGURU OLEH PENDEKAR NEGARA MALAYSIA TAN SRI DATUK WIRA OMARDIN MAUJU YANG MEMBAWA GELARAN DATOK MAHAGURU. SELAIN ITU, GURU TUA UTAMA PAK GURU ABD RAZAK TELAH MEWARISKAN GELARAN DATOK PANGLIMA BUKIT GANTANG DARIPADA KETURUNAN ISTERINYA KEPADA BELIAU. MANAKALA ISTERINYA IBUNDA SERI DIRAJA HJH SYAZLEENA YAHYA @ TENGKU AMPUAN SYAZLEENA TELAH DIANUGERAHKAN GELARAN TIMBALAN MAHAGURU SERIKANDI DAN SERIKANDI MAK INTAN. MASA TERUS BERLALU BELIAU TELAH DIKURNIAKAN PULA GELARAN DATOK LAKSAMANA MERAH DAN YM TENGKU AHMAD AZMIR SHAH MANAKALA ISTERINYA DIKURNIAKAN YM TENGKU AMPUAN HJH SYAZLEENA @ PUTERI SITI SIBUJUR SIRIH. GELARAN YANG DITERIMA OLEH BELIAU TELAH MENGEMBALIKAN DARJAH KEBESARAN YANG TELAH LAMA DILUPAKAN OLEH KETURUNANNYA SEBELAH IBU BELIAU DARIPADA KETURUNAN KERABAT DIRAJA PAGARUYUNG .BELIAU BERSAMA BARISAN ANAK MURID TELAH BERJAYA MENGEMBANGKAN NAMA SENI SILAT INI DALAM MALAYSIA DAN DI BENUA EROPAH. BANYAK DUGAAN DAN UJIAN HARUS DILALUI DALAM MENGEMBANGKAN SENI MELAYU INI. SEHUBUNGAN ITU DAKWAH ISLAM TELAH MENJADI KEUTAMAAN DALAM PERJUANGAN BELIAU. ASAL USUL SENI SILAT GAYUNG GHAIB IALAH SENI SILAT SIDAYUNG GHAIB. DI MANA SEORANG GURU PERGI BERTAPA KE PULAU SEMBILAN DARI INDERA SAKTI DENGAN MENAIKI SAMPAN. OLEH KERANA SEMASA PENDAFTARAN PERTUBUHAN PENGGUNAAN PERKATAAN SI MEMBAWA MAKNA MATI DALAM BAHASA CINA MAKA DITUKARKAN KEPADA PERKATAAN GAYUNG ASAL PERKATAAN ORANG PERAK BERMAKNA SILAT. Datok Laksamana Merah - Hikayat Sultan Mudzaffar Shah 1 dan Tengku Ahmad-Baginda Sultan Daeng Merpati Dihujung Tanduk

MAKLUMAN :

Pendaftaran ahli baru bagi sesi 2017 dibuka sekarang bagi sesiapa yang berminat belajar ilmu silat Gayung Ghaib Serantau. Sila hubungi pihak pengurusan silat ini.

Selasa, 26 Februari 2013

PELANCARAN SATRIA MUDA BERSAMA PESILAT PSSGGSM DAN SILAMBAM DALAM UTUSAN MALAYSIA 25/2/2013

Salam perguruan cerita mengenai Pertubuhan Seni Silat Gayung Ghaib Serantau Malaysia dalam pelancaran Satri Muda Majlis Pendekar Malaysia diterbit dalam Utusan Malaysia pada 25 Februari 2013 bersama dengan ahli seni mempertahankan diri daripada Silambam Negeri Sembilan. 



Ahad, 24 Februari 2013

PENGIKTIRAFAN MAHAGURU PSSGGSM OLEH PENDEKAR NEGARA MALAYSIA

Salam pendekar, pada 23 Februari 2013 bersamaan 12 Rabiul Akhir 1434H satu catatan sejarah telah berlaku di mana pengasas utama PSSGGSM telah mendapat pengiktirafan sebagai Mahaguru PSSGGSM oleh Pendekar Negara Malaysia, Mahaguru Tan Sri Datuk Wira Hj Omardin Bin Mauju sempena Majlis Pelancaran Satria Muda di bawah Majlis Pendekar Malaysia yang disampaikan oleh YB Khairy Jamaluddin merangkap Ketua Pemuda UMNO dan Pengerusi Pemuda Barisan Nasional. Selain itu, PSSGGSM telah mendapat kepercayaan dalam membuat persembahan demo silat. Persembahan yang ditontonkan adalah amat membanggakan. Tahniah kepada semua pesilat dan anak didik PSSGGSM yang berjaya mempersembahkan seni tempur yang begitu unik. Semoga pencapaian ini merupakan satu lagi titik sejarah yang bakal membawa PSSGGSM dikenali dan disegani oleh persatuan silat yang lain. Visi PSSGGSM ialah bergerak maju dan setanding dengan Persatuan Seni Silat Lincah dan Persatuan Seni Silat Gayong Malaysia.







Jumaat, 22 Februari 2013

PERSEMBAHAN SILAT DI MESYUARAT PIBG SMK KALUMPANG SELANGOR

Persembahan silat oleh anak murid dari Ibu Gelanggang Kg. Pasir Putih Kalumpang Selangor di SMK Kalumpang sempena Mesyuarat Agong PIBG yang dirasmikan oleh YB Datuk Hj Mohamad Idris B Abu Bakar ADUN Hulu Bernam.


Jumaat, 8 Februari 2013

MAJLIS PERASMIAN GELANGGANG PUSAT PSSGGSM OLEH SU MDTM

Salam perguruan, pada 7 Februari 2013 jam 9.30 malam Gelanggang Pusat Pertubuhan Seni Silat Gayung Ghaib Serantau Malaysia telah dirasmikan oleh Puan Siti Azura Bt Juki selaku SU MDTM yang sudi datang bersama suaminya bagi merasmikan gelanggang silat ini. Maka dengan rasminya Gelanggang Pusat PSSGGSM telah mendapat sokongan yang baik daripada MDTM. Semoga usaha semua bagi merealisasikan gelanggang ini akhirnya berjaya setelah mendapat kebenaran daripada MDTM. Satu lagi kejayaan bagi pihak perguruan bagi mengusahakan keindahan gelanggang tersebut akhirnya tercapai. Ucapan terima kasih kepada SU MDTM yang banyak memberikan bantuan kepada pihak perguruan. Beliau juga merupakan ahli silat. Oleh itu, semangat yang ditunjukkan oleh SU MDTM bagi menjaga warisan Melayu ini akan menjadi kenyataan.

Ahad, 3 Februari 2013

MAHAGURU MENGHADIRI MESYUARAT SATRIA MUDA

Salam perguruan,Mahaguru Muda Serantau Malaysia bersama Ketua Jurulatih Kanan menghadiri mesyuarat Satria Muda MPM di PWTC. Tahniah kepada Mahaguru dilantik sebagai Ketua Pemuda Satria Perak dan Cikgu Hasnol telah diberikan gelaran sebelum ini sebagai Panglima Satria bagi menjaga dua guru iaitu Mahaguru PSSGGSM dan Mahaguru Pendekar Malaysia. Semoga persembahan pada 16 Februari 2013 menjadi sejarah tersendiri bagi Pertubuhan Seni Silat Gayung Ghaib Serantau Malaysia.

Jumaat, 1 Februari 2013

PENGIKTIRAFAN MAHAGURU PSSGGSM OLEH MAHAGURU PENDEKAR NEGARA MALAYSIA

Salam pendekar, yang bertarikh 1 Februari 2013 jam 9.30 malam di Ipoh Perak telah mencatat satu sejarah pertubuhan PSSGGSM dan pihak perguruan mengucapkan tahniah serta syabas kepada Mahaguru Mohd  Azmir Bin Hj Mohd Khalid kerana mendapat pengiktirafan sebagai Datok Mahaguru Pertubuhan  Seni Silat Gayung Ghaib Serantau Malaysia yang sah dan pengiktirafan daripada wakil pendekar Negara Malaysia oleh YM Tan Sri Datuk Wira Haji Omardin Bin Mauju selaku Pendekar Negara Malaysia. Oleh yang demikian Mahaguru Mohd Azmir telah sah sebagai Mahaguru dalam Negara Malaysia bagi   sebuah Pertubuhan Seni Silat Gayung Ghaib Serantau Malaysia. Selain itu, Pertubuhan Seni Silat Gayung Ghaib Serantau Malaysia kini bersama dengan Majlis Pendekar Malaysia (MPM) bagi bersama dengan seni bela diri yang lain bagi memperjuangkan seni bela diri di negara ini. Mahaguru juga telah dilantik sebagai Ketua Pemuda Satria Negeri Perak. Semoga pencapaian yang diberikan oleh Allah s.w.t ini akan membawa PSSGGSM ke arah kegemilangan yang lebih berdaya maju bagi masa akan datang. Selain itu, PSSGGSM serta Silat Lincah dan Silat Telapak Suci Kelantan akan mewakili seluruh pertubuhan silat di Negara Malaysia bagi mempersembahkan demo silat di PWTC pada 16 Februari 2013 9.00 malam.