DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG, DAN SEDIAKANLAH UNTUK MENENTANG MEREKA (MUSUH YANG MENCEROBOH) SEGALA JENIS KEKUATAN YANG DAPAT KAMU SEDIAKAN DAN DARIPADA PASUKAN-PASUKAN BERKUDA YANG LENGKAP BERSEDIA (surah al-Anfal ayat 60)
SEJARAH PERTUBUHAN AKADEMI LANGKAH MELAYU SILAT GAYUNG SERANTAU MALAYSIA TELAH DIASASKAN OLEH YM DATOK MAHAGURU SERANTAU LAKSAMANA MERAH PANGLIMA BUKIT GANTANG AYAHANDA HJ MOHD AZMIR BIN HJ MOHD KHALID AMN, PJK @ TENGKU AHMAD AZMIR SHAH KETURUNAN DARIPADA DATO' SAGOR PEMBESAR PERAK BERSAMA DATO' MAHARAJALELA MENENTANG PENJAJAH INGGERIS J.W.W BIRCH DI PASIR SALAK PERAK. BELIAU TELAH DIKURNIAKAN PINGAT AMN (AHLI MAJLIS NEGARA) DAN PJK (PINGAT JASA KEBAKTIAN) OLEH KESULTANAN SULU FILIPINA. BELIAU TELAH DIBERIKAN GELARAN GRAND MASTER TELAH DIBERIKAN OLEH WORLD JU-JITSU ALLIANCE OLEH MASTER LUCA NARDUCCI DARI ENGLAND. BELIAU JUGA MENERIMA ANUGERAH SANDANG KEHORMAT MAHKOTA PELANGI DARIPADA DATO' SERI PANGLIMA DR. MUHAMAD FAIRUS DARIPADA GAYONG NUSANTARA. SETELAH ITU BELIAU JUGA TELAH DIANUGERAHKAN GELARAN DATOK MAHAGURU OLEH PENDEKAR NEGARA MALAYSIA TAN SRI DATUK WIRA OMARDIN MAUJU YANG MEMBAWA GELARAN DATOK MAHAGURU. SELAIN ITU, GURU TUA UTAMA PAK GURU ABD RAZAK TELAH MEWARISKAN GELARAN DATOK PANGLIMA BUKIT GANTANG DARIPADA KETURUNAN ISTERINYA KEPADA BELIAU. MANAKALA ISTERINYA IBUNDA SERI DIRAJA HJH SYAZLEENA YAHYA @ TENGKU AMPUAN SYAZLEENA TELAH DIANUGERAHKAN GELARAN TIMBALAN MAHAGURU SERIKANDI DAN SERIKANDI MAK INTAN. MASA TERUS BERLALU BELIAU TELAH DIKURNIAKAN PULA GELARAN DATOK LAKSAMANA MERAH DAN YM TENGKU AHMAD AZMIR SHAH MANAKALA ISTERINYA DIKURNIAKAN YM TENGKU AMPUAN HJH SYAZLEENA @ PUTERI SITI SIBUJUR SIRIH. GELARAN YANG DITERIMA OLEH BELIAU TELAH MENGEMBALIKAN DARJAH KEBESARAN YANG TELAH LAMA DILUPAKAN OLEH KETURUNANNYA SEBELAH IBU BELIAU DARIPADA KETURUNAN KERABAT DIRAJA PAGARUYUNG .BELIAU BERSAMA BARISAN ANAK MURID TELAH BERJAYA MENGEMBANGKAN NAMA SENI SILAT INI DALAM MALAYSIA DAN DI BENUA EROPAH. BANYAK DUGAAN DAN UJIAN HARUS DILALUI DALAM MENGEMBANGKAN SENI MELAYU INI. SEHUBUNGAN ITU DAKWAH ISLAM TELAH MENJADI KEUTAMAAN DALAM PERJUANGAN BELIAU. ASAL USUL SENI SILAT GAYUNG GHAIB IALAH SENI SILAT SIDAYUNG GHAIB. DI MANA SEORANG GURU PERGI BERTAPA KE PULAU SEMBILAN DARI INDERA SAKTI DENGAN MENAIKI SAMPAN. OLEH KERANA SEMASA PENDAFTARAN PERTUBUHAN PENGGUNAAN PERKATAAN SI MEMBAWA MAKNA MATI DALAM BAHASA CINA MAKA DITUKARKAN KEPADA PERKATAAN GAYUNG ASAL PERKATAAN ORANG PERAK BERMAKNA SILAT. Datok Laksamana Merah - Hikayat Sultan Mudzaffar Shah 1 dan Tengku Ahmad-Baginda Sultan Daeng Merpati Dihujung Tanduk

MAKLUMAN :

Pendaftaran ahli baru bagi sesi 2017 dibuka sekarang bagi sesiapa yang berminat belajar ilmu silat Gayung Ghaib Serantau. Sila hubungi pihak pengurusan silat ini.

Isnin, 24 Mac 2014

MEMANAH SUNAH NABI MUHAMMAD S.A.W

Salam perguruan, kini PSSGGSM menjalankan satu lagi aktiviti melatih menggunakan alat memanah yang di mana merupakan sunah Nabi Muhammad s.a.w ' Ajarlah anak kamu memanah..........'

PSSGGSM MENJALINKAN HUBUNGAN DIPLOMATIK DENGAN HITCH SILAT - BELGIUM

Salam perguruan sebuah lagi persatuan dari luar negara meminati menjalinkan hubungan yang baik dengan PSSGGSM dalam urusan bertukar pendapat. Tahniah perguruan dalam mertabatkan warisan Melayu ke peringkat antarabangsa.

Ahad, 23 Mac 2014

WORLD JU-JITSU ALLIANCE MASTER LUCA NARDUCCI -ENGLAND MEMBERI PENGIKTIRAFAN KEPADA YM DATOK MAHAGURU PSSGGSM

Salam perguruan ucapan tahniah sekali lagi YM Datok Mahaguru PSSGGSM telah memdapat pengiktirafan daripada World Ju-Jitsu Alliance iaitu Master Luca Narducci dari England kerana sumbangan YM Datok Mahaguru dalam seni mempertahankan diri. Dalam perancangan pihak World Ju-Jitsu akan datang ke Malaysia ingin melawat dan sambil belajar Silat Gayung Ghaib Serantau. Bersama-sama ini anak murid YM Datok Mahaguru pun menerima pengiktirafan kerana hubungan yang baik dan menyanjungi perjuangan yang di bawa oleh PSSGGSM dalam dunia seni mempertahankan diri.

TOK LEMAN KANAULLAH MELAWAT GAYUNG GHAIB SERANTAU

Salam perguruan terima kasih kepada Tok Leman selaku orang lama dalam Gayung Ghaib. Beliau memberikan tunjuk ajar dan kata-kata peransang kepada pesilat PSSGGSM.

JEVAN MEMBAWA GAYUNG GHAIB SERANTAU KE MATA DIRAJA

Salam perguruan tahniah kepada Jevan anak murid YM Datok Mahaguru PSSGGSM kerana berani dan Berjaya membawa seni Melayu ini ke pemerhatian YTM Tunku Syed Razman Tunku Besar Tampin Negeri Sembilan sempena lawatan baginda ke Galeri Perpusatakaan Tunku Bainun UPSI.



Isnin, 3 Mac 2014

PSSGGSM MELEBARKAN SAYAP DI TASIK TITIWANGSA K.L SEMPENA HIMPUNAN 1000 SERIKANDI ANJURAN DUNIA SENI SILAT MELAYU

Salam peguruan, PSSGGSM sekali lagi mengada aktiviti bersama DSSM di Tasik Titiwangsa K.L. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Pendekar Negara Tan Sri Datuk Mahaguru Omardin Mauju. Dalam majlis tersebut YM Datok Mahagru Serantau mendapat satu sentuhan semangat daripada Pendekar Negara agar YM Datok Mahaguru teruskan agenda mengembangkan seni silat dengan cemerlang lagi. YM Datok Mahaguru Serantau pernah mendapat pengiktirafan daripada Pendekar Negara sebagai Datok Mahaguru Gayung Ghaib Serantau Malaysia pada tahun 2013. Terima kasih kepada Tuan Sahruddin Pengerusi Dunia Seni Silat Melayu (DSSM) kerana sudi menjemput kami bersama dalam majlis tersebut. Selain itu, terdapat 40 jenis silat yang hadir termasuk daripada Singapura, Brunei dan Indonesia. Semoga jalinan ukhwah yang terjalin ini dapat diteruskan pada masa akan datang.













PANGLIMA MUDA MUHAMMMAD A'TIF MENARIK PERHATIAN PENGUNJUNG HIMPUNAN 1000 SERIKANDI DENGAN LANGKAH PENDEKAR YANG LUAR BIASA

Salam perguruan tahniah diucapkan kepada Panglima Muda Muhammad A'tif anakanda YM Datok Mahaguru Serantau dan Bonda Seri Diraja kerana berjaya mempamerkan gerak langkah silat yang baik walaupun umurnya baru mencecah 5 tahun. Permainan silat yang ditunjukkan telah menarik perhatian pengunjung di situ.





SERIKANDI MUDA NABILAH HUMAYRA TERLIBAT DALAM PERSEMBAHAN 1000 SERIKANDI DAN TERCATAT DALAM UTUSAN MALAYSIA PADA 2/3/2014

Salam perguruan tahniah diucapkan Serikandi Muda Nabilah Humayra anakanda kepada YM Datok Mahaguru Serantau dan Bonda Seri Diraja berjaya memberikan persembahan yang baik semasa majlis tersebut.

BONDA SERI DIRAJA PSSGGSM MENJADI PERHATIAN WARTAWAN SEMASA HIMPUNAN 1000 SERIKANDI DI TASIK TITIWANGSA K.L

Salam perguruan semasa himpunan 1000 serikandi di Tasik Titiwangsa Kuala Lumpurpada 1/3/2014, Bonda Seri Diraja menjadi perhatian wartawan untuk menemuramahnya. Sesi temuramah tersebut wartawan bertanyakan kepentingan silat terhadap golongan wanita. Tahniah kepada Bonda Seri Diraja Syazleena Yahya kerana berjaya membawa imej Gayung Ghaib yang boleh disegani oleh perguruan yang lain. Selain itu, beliau juga terlibat dalam persembahan silat berkumpulan bersama dengan ahli-ahli Gayung Ghaib yang lain.

DR GABRIEL FACAL DARI PERANCIS MENEMURAMAH YM DATOK MAHAGURU MUDA SERANTAU

Salam perguruan semasa edisi 7 persembahan 1000 serikandi dan himpunan ramai perguruan silat yang dianjurkan oleh Dunia Seni Silat Melayu. Seorang warga Perancis iaitu Dr. Gabriel Facal telah berminat menemuramah YM Datok Mahaguru Serantau Malaysia mengenai sejarah dan ilmu Gayung Ghaib. YM Datok Mahaguru telah menceritakan sejarah Gayung Ghaib bermula dan diasaskan oleh YM Datok Seri Panglima Kalam Mahaguru Ibrahim Mat Zin sambil menunjukkan banner yang menunjukkan gambar Datok Mahaguru Ibrahim Mat Zin dan Timbalan Mahaguru yang merupakan guru-guru tua dalam Gayung Ghaib. Dr. Gabriel sungguh berminat ingin mengetahui ilmu silat dan berhajat mendalami ilmu Silat Gayung Ghaib. Ini adalah perjuangan YM Datok Mahaguru Serantau ingin melihat silat ini maju dan dikenali diseluruh dunia. Kini cerita mengenai Gayung Ghaib Serantau akan di bawa ke Negara Perancis dan merupakan satu kebanggaan bagi semua warga Gayung Ghaib. Sesungguhnya niat yang baik telah Allah s.w.t buktikan bahawa orang yang ihklas dalam perjuangan pasti ada bantuan daripadaNya. Amin.